sentimental drama | drama sentimental | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang memberikan fokus kepada nilai-nilai murni sebagai reaksi kepada komedi pemulihan yang dianggap mengutamakan maksiat. Drama sentimental menampilkan watak kelas menengah yang digambarkan mempunyai segala keunggulan. Biasanya watak dalam drama ini harus menempuh pelbagai ujian getir sebelum mencapai kebahagiaan pada akhir cerita, selain membangkitkan rasa terharu dan hiba kepada khalayak. Drama sentimental yang popular dalam kalangan golongan kelas menengah pada kurun ke-18 dirintis oleh Richard Steele dalam The Funeral (1701). Seterusnya drama ini dikembangkan dalam The Conscious Lovers. Contoh lain ditemui dalam karya berjudul False Delicacy Hugh Kelly. |
civil service excellence | kecemerlangan perkhidmatan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Amalan yang mulia berlandaskan nilai-nilai murni, sikap, budaya dan etika kerja positif yang diterapkan dalam perkhidmatan awam. Kecemerlangan perkhidmatan awam menjadi tunjang utama kepada kelicinan, kecekapan dan keberkesanan pentadbiran negara di samping meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan. Pelbagai tindakan telah diambil oleh pihak pemerintah dalam mewujudkan kecemerlangan perkhidmatan awam seperti pengenalan Teras Perkhidmatan Awam, Gerakan Budaya Kerja Cemerlang, Kepimpinan Melalui Teladan dan Tonggak 12. Selain itu, bagi menyokong dan mengukuhkan usaha dalam meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan awam, pihak kerajaan telah mewujudkan sistem pengiktirafan melalui beberapa anugerah seperti Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM), Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam, Anugerah Perdana Teknologi Maklumat dan Anugerah Inovasi. |
true proverb | peribahasa murni | Kesusasteraan | Tiada | Peribahasa-peribahasa yang terpilih mengandungi nilai-nilai murni bebas dari pengaruh luar. |
organisational ethics | etika organisasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Amalan atau budaya kerja yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi berdasarkan tatacara yang mempunyai nilai-nilai murni. Antara unsur penting dalam etika organisasi termasuklah menepati waktu, bertanggungjawab, sopan santun, berbudi bahasa, telus, ikhlas dalam menjalankan tugas, mematuhi arahan dan memelihara keselamatan dan kepentingan harta organisasi. Persekitaran organisasi biasanya memainkan peranan penting dalam membentuk etika organisasi selain daripada peraturan organisasi, sikap pihak pengurusan atasan dan bentuk kerja atau tanggungjawab kakitangan. Etika berbeza dari sebuah organisasi dengan sebuah organisasi yang lain, misalnya, terdapat organisasi yang membenarkan kakitangannya berpakaian singkat atau mendedahkan dengan hasrat menonjolkan imej moden organisasi tersebut, manakala organisasi tertentu khasnya organisasi awam mempunyai etika tersendiri yang berasaskan adat dan budaya tempatan. |
public sector leadership | kepimpinan sektor awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Corak atau kaedah pentadbiran kerajaan yang melibatkan keupayaan mentadbir organisasi secara cekap, mantap dan efektif. Kepimpinan sektor awam memberikan penekanan kepada penerapan nilai-nilai murni dan daya saing yang mementingkan kebolehan serta prestasi kerja yang berkualiti. Dalam pada itu, elemen kepimpinan ini turut merangkumi keupayaan menjana pendapatan; menyelaras dan mengawal operasi dan guna tenaga; mengawas dan memantau perjalanan program serta membina jaringan hubungan yang luas. Dalam konteks pentadbiran awam, daya kepimpinan, inovasi serta kelayakan, pengalaman dan kemahiran mempengaruhi proses pemilihan pegawai-pegawai ke jawatan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan dan pentadbiran sektor awam masing-masing terikat dengan garis panduan yang termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam. |
value system | sistem nilai | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tatacara dan tataurus individu atau kelompok dalam menjalani kelangsungan kehidupan mereka dalam sesebuah masyarakat. Sistem nilai juga merujuk kepada cara atau kaedah seorang individu atau sekumpulan individu mengamalkan nilai-nilai murni dalam konteks budaya, sosial dan agama berdasarkan norma-norma sosial. Selain itu, tatacara ini juga dianggap sebagai satu sistem yang membentuk tatamoral yang menjadi pegangan kepada sesebuah masyarakat ke arah kemakmuran sejagat. |
public officer | pegawai awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu yang dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab tertentu bagi memenuhi kepentingan masyarakat. Pegawai awam yang dilantik perlu mempunyai kelayakan tertentu dari segi taraf pendidikan dan pengalaman kerja yang bersesuaian dengan jawatan yang dipegang. Pegawai awam terikat dengan etika kerja, nilai-nilai murni dan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam untuk menjamin kesetiaan kepada organisasi, akauntabiliti dan ketelusan bagi meningkatkan kecemerlangan citra perkhidmatan awam. Sinonim penjawat awam |
principles of administration | prinsip pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Rukun atau etika pengurusan atau pentadbiran yang dipegang serta dijadikan amalan dalam sesebuah organisasi. Ia bertujuan untuk memupuk disiplin dan nilai murni dalam kalangan ahli organisasi. Biasanya, prinsip pentadbiran berpandu kepada budaya dan etika kerja yang ingin diserapkan di dalam persekitaran sesebuah organisasi. Bentuk prinsip pentadbiran adalah berbeza antara organisasi dengan organisasi yang lain kerana misi, visi dan matlamatnya berbeza. Pihak pengurusan atasan bertanggungjawab menentu dan melaksanakan prinsip pentadbiran ini sebelum dijadikan amalan atau budaya organisasi tersebut. |
accountability deficit | defisit kebertanggungjawaban | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kelemahan atau kekurangan dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada individu atau organisasi pada tahap yang sepatutnya. Individu yang diberikan tanggungjawab, menjalankan tugas secara sambil lewa, lalai, leka dan tidak serius seperti melepaskan batuk di tangga. Defisit ini boleh berlaku kerana kelemahan individu seperti etika kerja yang lemah, tamak, ego, kurangnya pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni, tidak bersikap professional, kurang dedikasi, tidak nampak kelemahan sendiri dan akibat tekanan hidup yang tinggi. Defisit kebertanggungjawaban akan menjejaskan pengurusan dan pencapaian misi serta objektif organisasi, menggugat kepercayaan orang awam serta melemahkan semangat kerja berpasukan. |
proper proverb | peribahasa murni | Kesusasteraan | Tiada | Susunan kata-kata yang padat mengandungi nilai-nilai benar, sesuai, sopan, dan selaras dengan pemikiran bangsa yang melahirkannya. |