Damkohler number group II | nombor Damkohler Kumpulan II | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah kadar tindak balas kimia terhadap kadar resapan molekul bagi tindak balas kimia bermangkin yang dijelaskan sebagai dengan rp = jejari liang, -R = kadar tindak balas kimia, Cs = kepekatan bahan tindak balas pada permukaan mangkin, Deff = pekali resapan molekul berkesan. |
enlargement | pembesaran | Matematik | Tiada | Penjelmaan yang mempunyai satu titik tetap, (yang dikenali sebagai pusat pembesaran) manakala titik-titik lain pada satah bergerak dari titik tetap itu mengikut nisbah tertentu. Nisbah pembesaran disebut faktor skala. Ciri-ciri pembesaran ialah: (i) Garis-garis yang menyambungkan pasangan titik yang sepadan pada objek dan imejnya bertemu di pusat pembesaran; (ii) Objek dan imej adalah serupa; (iii) Jika faktor skala > 1, saiz imej adalah lebih besar daripada saiz objek; (iv) Jika faktor skala < 1, saiz imej adalah lebih kecil daripada saiz objek; (v) Jika faktor skala = 1, imej ialah objek itu sendiri. |
double salt | garam ganda dua | Kimia | Tiada | Sebatian yang terbentuk apabila campuran larutan dua garam yang berbeza dihablurkan dengan nisbah lomar tertentu. Sebatian ini merupakan garam kompleks yang mengandungi dua kation yang berlainan. Misalnya, ferum(II) ammonium sulfat, Fe(SO4)- (NH4)2SO4 diterbitkan daripada campuran dua garam asal, iaitu ferum (II) sulfat, FeSO4 dan ammonium sulfat, (NH4)2SO4. Larutan garam ini mengion untuk menghasilkan ion ferum(II), ion ammonium dan ion sulfat. |
familial dependency ratio | nisbah tanggungan keluarga | Gerontologi | Tiada | Nisbah kebolehdapatan sokongan generasi muda terhadap ibu bapa berdasarkan pengiraan yang berikut: (i) Jumlah individu yang berumur 80 tahun dan ke atas dibahagikan dengan jumlah individu yang berumur antara 60 tahun hingga 64 tahun. (ii) Jumlah individu |
e | e | Matematik | Tiada | Nombor tak nisbah yang boleh ditakrif sebagai (i) hasil tambah siri tak terhingga (ii) nombor yang mendekati (iii) nombor yang memenuhi sifat |
Synthol process | proses Synthol | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses mirip SRC-II yang menghasilkan minyak berat daripada arang batu. Proses ini dimulakan dengan memanaskan buburan arang batu-minyak pada nisbah 1 : 2 di dalam atmosfera kaya hidrogen. Kemudian buburan itu ditindakbalaskan di dalam reaktor turus terpadat dengan menggunakan mangkin kobalt/molibdat di atas silika/alumina pada suhu 465�C dan tekanan 4000 psig. |
Damkholer number group IV | nombor Damkohler kumpulan IV | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah haba yang dihasilkan terhadap pemindahan haba secara pengaliran bagi tindak balas kimia bermangkin yang dijelaskan sebagai Dm(IV) = Dm | b| dengan Dm(IV) = nombor Damkohler kumpulan IV. Dm = nombor Damkohler kumpulan II, | b| = nilai positif termisiti. |