appendices epiploicae | apendiks epiploika | Perubatan | Tiada | Nodul-nodul kecil lemak yang mengunjur di bawah lapisan serus usus besar. |
adenolipomatosis | adenolipomatosis | Perubatan | Tiada | Penyakit yang ditandai nodul-nodul kecil dan keras daripada tisu limfa yang terjadi terutamanya di kelangkang, ketiak dan leher |
erythema nodosum | eritema nodosum | Perubatan | Tiada | Inflamasi kulit yang akut, ditandai dengan nodul-nodul merah dan keadaan nyeri yang biasanya terdapat pada kawasan tulang kering dan mungkin juga di tempat lain, seperti muka dan tangan. Keadaan ini dijangka merupakan suatu reaksi alergi terhadap faktor-faktor tertentu, seperti tuberkulotoksin dan dadah. |
glanders | glanders | Perubatan | Tiada | Sejenis penyakit kuda yang mungkin menjangkiti manusia. Penyakit ini disebabkan oleh basilus glanders, iaitu Malleomyces mallei. Gejalanya ialah inflamasi membran mukus dan letusan nodul pada kulit. Nodul-nodul ini berpadu dan memecah lalu membentuk ulser yang dalam yang mungkin mengakibatkan nekrosis rawan dan tulang. |
nodule | nodul | Biologi | Histologi dan Sitologi | Struktur yang menyerupai tombol, seperti nodul akar dan nodul limfa. |
lunar nodule | nodul qamari | Matematik | Tiada | Nodul batuan yang terdapat di bulan. |
lymph nodule | nodul limfa | Biologi | Histologi dan Sitologi | Nodul tidak berkapsul di dalam sistem limfa, terutama yang terdapat di dalam tisu penghubung. |
aggregated lymph nodules | nodul limfa beragregat | Biologi | Histologi dan Sitologi | Nodul yang terbentuk daripada tisu limfoid di dalam saluran limfa, dan berfungsi membentuk limfosit serta menapis jasad asing seperti bakteria daripada limfa untuk menghalangnya daripada memasuki sistem darah. |
Bohn nodules | nodul Bohn | Pergigian | Tiada | Ketumbuhan pada gingiva yang terbit daripada sisa sel lamina gigi atau tisu kelenjar mukosa. Nodul Bohn boleh didapati secara tunggal atau berbilang di bahagian bukal atau lingual batas alveolus. Ketumbuhan ini biasanya berlaku kepada bayi yang baru lahir dan hilang dengan sendiri selepas beberapa bulan bayi dilahirkan. |
tubercle | tuberkel | Perubatan | Tiada | 1. Nodul pada kulit yang saiznya lebih besar daripada papul. 2. Bonjolan bulat dan kasar pada tulang. 3. Sebarang nodul berjisim yang bulat dan kecil, yang dihasilkan oleh basilus tuberkulosis. |