nocturnal animal | haiwan nokturnal | Veterinar | Praklinikal | Haiwan yang aktif pada waktu malam untuk mencari makanan atau memburu mangsa. Contoh haiwan nokturnal ialah tikus; katak; kelawar dan burung hantu. |
nocturnal | nokturnal | Biologi | Ekologi | 1. Berkaitan dengan haiwan yang aktif pada waktu malam dan tidur pada waktu siang, misalnya kelawar. 2. Berkaitan dengan bunga yang didebungakan oleh haiwan nokturnal, iaitu bunga yang mekar pada waktu malam, misalnya beremban, Duabanga grandiflora. |
nocturnal | nokturnal | Perikanan | Tiada | Haiwan yang mempunyai tabiat mencari makanan pada waktu malam. Kebanyakan ikan mempunyai tabiat seperti ini, terutamanya ikan demersal seperti ikan pari, kerisi, ikan merah dan belut. |
nocturnal enuresis | emersis nokturnal | Perubatan | Tiada | Perbuatan kencing tanpa disedari hingga membasahi tilam di waktu malam. |
radiation inversion | songsangan sinaran | Kejuruteraan | Tiada | Fenomena nokturnal yang udara lapisan atasnya lebih panas daripada bahagian bawah disebabkan kadar pendinginan tidak seragam antara bumi dengan udara di atasnya. |
compound eye | mata majmuk | Biologi | Histologi dan Sitologi | Mata serangga dan krustasea yang banyak mengandungi unit penglihatan yang disebut omatidium. Jumlah omatidium ini di antara puluh seperti pada semut hingga ke beberapa ribu seperti pada pepatung. Apabila jumlahnya banyak, unit-unit ini akan membentuk heksagonal, tetapi apabila hanya sedikit akan membentuk bulatan. Setiap omatidium terdiri daripada lensa kutikel yang mengandungi kon hablur dan sebuah retinul atau sekumpulan sel yang peka cahaya. Keseluruhan mata berbentuk cekung atau separa sfera apabila puncak-puncak kon menumpu ke arah saraf optik di pusat pigmen hitam. Biasanya setiap kon ini diselubungi pigmen hitam yang membolehkan serangga menerima bayang berbentuk mozek, iaitu bayang yang dibina daripada bintik-bintik. Kadangkala selubung pigmen ini boleh mengecut sehingga bayang menjadi terang tetapi menjadi kabur disebabkan pertindihan cahaya, seperti yang biasa terdapat pada serangga nokturnal. |