Nomenclature | Penamaan | Pertanian | Tiada | Menentukan nama saintifik yang betul terhadap spesies tumbuhan yang telah diketahui mengikut sistem nomenklatur. Sistem penamaan ini mengikut peraturan antarabangsa yang dikendalikan oleh Kod Nomenklatur Botani Antarabangsa (International Code of Botanical Nomenclature) |
star name | nama bintang | Matematik | Tiada | Nomenklatur untuk tujuan mengenal pasti bintang. |
parenchyma | parenkima | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Unsur perlu sesuatu organ yang digunakan sebagai kata umum bagi merujuk unsur-unsur berfungsi sesuatu organ, selain rangka dan stroma organ berkenaan di dalam nomenklatur anatomi. 2. Tisu hidup berdinding tipis pada tumbuh-tumbuhan peringkat tinggi yang berupaya menjalani proses pembahagian sel walaupun sudah matang. Tisu ini berfungsi sebagai agen fotosintesis dan agen penyimpan. Sebahagian besar tisu akar daun, batang, pulpa buah dan struktur sokong terdiri daripada tisu ini. 3. Tisu penghubung yang lembut bak jeli yang mengandungi sel-sel stelat dan gentian yang mengisi interstis antara organ dalaman cacing pipih dan beberapa jenis vertebrat yang lain. 4. Endoplasma protozoon. |