Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nukleik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
annealingpenyepuhlindapanKimiaBiokimiaPengaslian semula protein atau asid nukleik yang telah ternyahasli melalui proses penyejukan perlahan-lahan, seperti dalam proses pembentukan molekul asid nukleik hibrid yang mengandungi dua tali yang berpasangan daripada sumber yang berlainan dengan cara menyejukkan satu campuran asid nukleik yang telah ternyahasili perlahan-lahan.
nucleotidenukleotidaKimiaBiokimiaUnit asas asid nukleik yang sebahagiannya merupakan koenzim yang penting. Empat jenis sebatian ini yang terdapat di dalam asid nukleik ialah monoester fosfat bagi nukleosida iaitu asid adenilik, asid guanilik, asid uridilik dan asid sitidilik. Sebutan nukleotida ini digunakan juga bagi sebatian-sebatian yang tidak terdapat di dalam asid nukleik dan yang tidak mengandungi purina atau pirimidina umpamanya vitamin terubahsuai yang berfungsi sebagai koenzim, seperti riboflavinfosfat flavin adenina nukleotida, nikotinamida ademina dinukleotida, nikotina adenina dinukleotida fosfat dan Koenzim A.
nucleic acid homologyhomologi asid nukleikBiologiGenetikPersamaan jujukan asid nukleik pada dua gen yang berasingan.
nucleic acid hybridizationpenghibridan asid nukleikBiologiGenetikProses penyepulindapan asid nukleik yang mempunyai jujukan pelengkap.
nucleic acidasid nukleikKimiaTiadaPolimer nukleotida yang mempunyai jisim molekul bandingan yang tinggi, dan terdapat dalam semua sel hidup. Sebatian ini biasanya terikat secara kimia pada protein untuk membentuk nukleoprotein. Asid nukleik yang dihidrolisis menghasilkan campuran purina, pirimidina, D-robisa atau D-deoksiribosa dan asid fosforik. Sebatian ini wujud sebagai asid ribonukleik, RNA, dan asid deoksiribonukleik, DNA. Sumber utama asid nukleik ialah ikan salmon, yis dan gandum.
basebesSains ForensikTiadaSubunit bagi asid nukleik dalam DNA dan RNA. Setiap asid nukleik disintesis daripada empat jenis bes, iaitu adenina, guanina, timina dan sitosina. Bagi RNA, urasil akan menggantikan timina. Perbezaan bes dalam kawasan terpilih pada kromosom menjadi asas untuk pemprofilan DNA forensik kerana kebarangkalian persamaan profil dua individu yang berbeza di semua kawasan yang diuji adalah sangat tipis. Lihat juga RNA.
heterochromatinheterokromatinBiologiGenetikKromatin yang kaya dengan asid nukleik dan terlibat dalam metabolisme asid nukleik nukleus dan sitoplasma.
cryptogramkriptogramBiologiPatologiKod yang terdiri daripada empat pasangan, yang digunakan untuk menghuraikan ciri sesuatu atau sekelompok virus. Contohnya ialah virus mozek tembakau mempunyai kriptogram seperti yang berikut: Pasangan 1 2 3 4 R 2 E S Huraian - : - : - : - 1 5 E O Pasangan 1 = Jenis asid nukleik Bilangan tetali asid nukleik R=RNA; 1 = Satu tetali Pasangan 2 = Berat molekul asid nukleik (juta) Peratusan asid nukleik di dalam zarah Pasangan 3 = Bentuk zarah dan nukleokapsid E= Memanjang dengan tepi yang selari dan setiap hujungnya tidak membulat Nama kumpulan perumah Pasangan 4 = Cara ditularkan S=Tumbuhan berbiji (Spermatophyta) O= Sentuha
nucleotidenukleotidaFarmasiTiadaUnit asas asid nukleik yang sebahagiannya merupakan koenzim yang penting. Empat jenis sebatian ini yang terdapat di dalam asid nukleik ialah monoester fosfat bagi nukleosida, iaitu asid adenilik, asid guanilik, asid uridilik, dan asid sitidilik.
nucleic acidasid nukleikKimiaBiokimiaSebatian kompleks yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, dan fosforus, terdapat di dalam sel hidup, dan biasanya terikat secara kimia pada protein bagi membentuk nukleoprotein. Terdapat dua jenis asid nukleik, iaitu asid ribonukleik (RNA) yang mengandungi gula D-ribosa, dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengandungi gula D-deoksiribosa.
12345678910...

Kembali ke atas