thermal denaturation | nyahasli terma | Sains Forensik | Tiada | Proses penyahaslian makromolekul dengan menggunakan haba. Contohnya, tindakan nyahasli terma digunakan untuk membuka struktur bebenang ganda dua DNA kepada bebenang tunggal sebelum proses penggandaan tindak balas rantai polimerase (PCR). Dalam pengujian DNA forensik, sebanyak 25-35 kitar nyahasli terma dilakukan untuk menghasilkan jumlah DNA yang mencukupi untuk pemeriksaan lanjut |
denature | nyahasli | Sosiologi | Tiada | Menghilangkan ciri atau sifat asli sesuatu bahan. |
denatured structure | struktur nyahasli | Perubatan | Tiada | Tiada |
denatured DNA | DNA nyahasli | Bioteknologi | Tiada | DNA yang diubah daripada bebenang ganda dua kepada bebenang tunggal akibat pemecahan ikatan hidrogen yang menghubungkan dua bebenang yang dapat saling melengkapi. bd. DNA asli. |
Southern blot method | kaedah serap Southern | Bioteknologi | Tiada | Teknik yang digunakan dalam ujian penghibridan. Dalam teknik ini, gel agarosa yang mengandungi serpihan DNA nyahasli diletakkan di antara kertas turas dan turas selulosa nitrat yang ditepukan dengan penimbal. Turas ini kemudiannya digunakan dalam ujian penghibridan berkomplemen yang dapat menjelaskan jujukan di dalam turas terserap dan seterusnya dalam gel asal. Sekiranya turas terserap diletakkan dalam larutan radioaktif atau DNA nyahasli, kawasan penghibridan dapat dikesan secara autoradiografi. Kaedah ini baik untuk menentukan tapak pada pengehadan di sekeliling jujukan gen tunggal dalam genom yang kompleks. |
native DNA | DNA asli | Bioteknologi | Tiada | DNA bebenang tunggal yang dipencilkan daripada sel yang ikatan hidrogen antara bebenangnya masih kekal. bd. DNA nyahasli. |
DNA filter assay | cerakin penuras DNA | Bioteknologi | Tiada | Kaedah analisis untuk mengecam DNA rekombinan di dalam sel yang terklon. Sel yang telah ditransformasi dicairkan dan ditumbuhkan di atas plat hingga membentuk koloni terpisah. Replika corak sel yang terbentuk disalin dengan menggunakan turas selulosa nitrat. Sel-sel dilisis dan penuras dipanaskan untuk mengikat DNA dalam bentuk nyahasli dengan kedudukan yang sama seperti koloni sel di dalam piring petri. Penuras ini diolah dengan prob yang bergabung dengan penghibridan DNA pada kedudukan DNA yang telah ditransformasi. |
nuclease S1 | nuklease S1 | Bioteknologi | Tiada | Nuklease khusus yang menguraikan asid nukleik bebenang tunggal atau DNA bebenang tunggal yang pendek, tetapi tidak menguraikan struktur bebenang ganda dua. Nuklease khusus ini digunakan dalam manipulasi gen untuk menukar hujung lekit DNA dupleks dan membentuk hujung tumpul atau menggunting hujung bebenang tunggal selepas pertukaran kepada DNA bebenang tunggal. Nuklease ini juga digunakan untuk mengurai DNA dupleks pada jujukan yang kaya dengan A-T selepas nyahasli separa terma. |