darabukka | darabukka | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Darabukka ialah dram berbentuk piala yang mempunyai satu muka kulit dan dipukul dengan tapak tangan dan jari. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel muzik klasik Arab di Timur Tengah. Sinonim darbuka. |
opera buffa | opera buffa | Muzik | Tiada | Opera jenaka Itali yang popular pada abad ke-18. Ceritanya berkenaan dengan kehidupan seharian. Opera buffa mempunyai watak lucu dan elemen jenaka. Skripnya, iaitu libretto dalam bahasa Itali. Contohnya, Le Nozze di Figaro, K. 492 (1786) ciptaan Mozart dan // barbiere di Siviglia (1816) ciptaan Rossini. |
ledger lines | garis leger | Muzik | Tiada | Garis mendatar yang pendek ditulis untuk not yang mempunyai pic tinggi atau rendah yang terletak di atas atau di bawah staf muzik. |
pa waing | pa waing | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Pa waing terdiri daripada 21 biji gendang dengan saiz yang bersenggat. Dram ini diperbuat daripada kayu dan berbentuk tong cembung. Pa waing mempunyai dua muka kulit yang dipasang pada baluh dengan tali dan ditiunkan dalam skel pentatonik. Kesemua dram tersebut diletakkan secara menegak dan tergantung pada rak kayu yang berbentuk bulatan. Alat muzik ini dipukul dengan jari oleh seorang pemain yang duduk di tengah bulatan rak kayu tersebut. Pa waing memainkan bahagian melodi serentak dengan alat muzik lain dalam orkestra hsaing. Alat muzik yang berasal dari Myanmar ini dimainkan dalam kalangan kaum Burman dalam orkestra yang mengiringi pelbagai jenis teater. Pa waing juga dikenali sebagai hsaing. |
kakko | kakko | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Baluhnya berbentuk silinder dan mempunyai dua muka kulit yang diperbuat daripada kulit kijang. Kulit kijang dipasang pada baluh dengan menggunakan tali yang tebal. Kedua-dua permukaan dram tersebut dipukul dengan sepasang kayu yang ringan. Kakko memainkan rentak dan titiran dram dalam muzik togaku dan orkestra gagaku, iaitu gaya muzik diraja Jepun yang berasal daripada tradisi muzik diraja China. |
absolute music | muzik mutlak | Muzik | Tiada | Muzik yang dikarya tanpa berpandukan suatu cerita atau idea yang bukan berunsur muzik. Muzik mutlak biasanya mempunyai tajuk seperti kuartet alat tali, simfoni dan sonata. Muzik ini berkemungkinan mengandungi tiga atau empat gerakan muzik dalam susunan lazim, iaitu allegro, adagio, menuet dan presto. Muzik jenis ini berbeza dengan muzik program. |
concertino | konsertino | Muzik | Tiada | 1. Konserto kecil. Sejenis karya abad ke-19 dan abad ke-20 dalam gaya konserto tetapi dalam bentuk bebas. Konsertino biasanya mengandungi satu gerakan muzik yang mempunyai beberapa bahagian yang berlainan. Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
|