chronic pain management | pengurusan nyeri kronik | Perubatan | Tiada | Rawatan dan penjagaan nyeri kronik secara berperingkat dan sistematik oleh pasukan pengurusan nyeri kepada pesakit kanser dan saraf kronik. Rawatan ini mengambil masa yang lama atau berterusan sepanjang hayat. |
pain management | pengendalian nyeri | Perubatan | Tiada | Bidang perubatan yang merangkumi rawatan pesakit yang mempunyai masalah nyeri seperti selepas kecederaan, selepas pembedahan atau pengidap kanser. Pengendalian nyeri biasanya dijalankan oleh pakar anestesiologi atau pakar perubatan yang terlatih. Kaedah yang digunakan termasuklah penggunaan ubat dan rawatan fizikal. |
cancer pain management | pengurusan nyeri kanser | Perubatan | Tiada | Pengurusan pesakit yang mengalami nyeri akibat kanser seperti kanser payudara, hati dan tulang. Pengamal perubatan akan memberikan ubat penahan sakit sama ada secara oral, suntikan intramuskular, suntikan intravena, infusi atau melakukan sekatan saraf pusat dan periferi berserta pemberian psikoterapi untuk mengurangkan nyeri tersebut. |
chronic pain syndrome | sindrom nyeri kronik | Perubatan | Tiada | Keadaan nyeri yang berlarutan atau berpanjangan dengan kesan psikologi. Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan penyakit barah dan saraf kronik seperti barah pankreas, limpa, hati, tulang dan gaster. |
pain clinic | klinik nyeri | Perubatan | Tiada | Klinik yang menguruskan penjagaan pesakit yang mengalami nyeri kronik. |
algesia | algesia | Perubatan | Tiada | Rasa nyeri atau sensitif yang melampau terhadap nyeri. |
angina pectoris | angina pektoris | Perubatan | Tiada | Nyeri di bahagian dada disertai dengan kesukaran bernafas akibat iskemia jantung. Nyeri ini biasanya merebak ke bahagian bahu dan lengan kiri. |
narcotic analgesic | analgesik narkotik | Perubatan | Tiada | Kumpulan ubat penahan nyeri yang terhasil secara semula jadi atau sintetik dan memberi kesan seperti morfin. Ia bertindak dengan bergabung pada reseptor opiat dalam sistem saraf. Kegunaan utama ialah untuk menahan nyeri yang kuat seperti dalam pembedahan, kecederaan atau penyakit kanser. Penggunaan yang berpanjangan menyebabkan ketagihan. Dos yang berlebihan boleh menyebabkan depresi pernafasan dan kematian. Contohnya Morphine dan Pethidine. Sinonim analgesik opioid. |
tenderness | nyeri | Perubatan | Tiada | Rasa sakit pada bahagian tubuh apabila disentuh. |
pain relief | lega nyeri | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |