Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : disebabkan oleh, kerana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,

Puisi
 

Sapu tangan jari berkelur,
     Oleh membeli di kedai Cina;
Suka di tangan kerana seekor,
     Suka di hati bawa merana.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Pasang pelita dilanggar tikus.

Bermaksud :

Kegembiraan hilang oleh kerana satu kejadian yang kecil.

 

Lihat selanjutnya...(28)

35

A bird in the hand is worth a hundred flying

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth a hundred flying . Since the economy was in a bad shape, it was unwi

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu mendengarkan guruh di langit, air tempayan d

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hemiangiocarpichemiangiokarpaBiologiMikologiMempunyai himenium muda terangkum yang terdedah oleh kerana pecahnya kelubung penutup.
fautes intentionelles ou seviles Per.silap hasratanKesusasteraanTiadaKesalahan yang terjadi disebabkan oleh kerana tersilap ucap dengan apa yang sebetulnya diinginkan. Contoh: cerita kenapa bangau kurus, sebenarnya ia meminta makan tujuh kali sehari tetapi terucapkan tujuh hari sekali.
non-destructive testingujian tanpa musnahKejuruteraanKejuruteraan BangunanUjian yang dilakukan tanpa memusnahkan bahan yang diuji oleh kerana pengukuran yang dibuat menggunakan gelombang ultrabunyi. Ujian halaju denyut ultrabunyi (PUNDIT) dan ujian tukul pantul Schmidt merupakan contoh ujian tanpa musnah yang sudah tidak asing lagi.
anemiaanemiaKimiaBiokimiaKeadaan jumlah sel darah merah, isi padu sel darah merah dan kandungan hemoglobin darah yang lebih rendah daripada biasa. Oleh kerana itu, darah tidak dapat mengangkut oksigen kepada tisu-tisu dengan sempurna sehingga menyebabkan badan menjadi lemah, kurang daya tahan terhadap penyakit dan sebagainya.
Clonal seedBiji benih klonPertanianAgronomi

Biji benih yang diperolehi daripada bahan klonal. Biji benih klonal tidak mempunyai baka yang sama dengan pokok induk oleh kerana ia terhasil daripada kacukan antara dua baka yang berbeza. Biasanya kebun menghasilkan biji benih klonal terdiri daripada beberapa klon yang terpilih dan biji benih klonal yang terhasil itu dijangka akan menunjukkan ciri-ciri yang baik berdasarkan kacukan antara pokok induk terpilih. Kaedah ini lebih cepat menghasilkan benih daripada melakukan pembiakan vegetatif.

by-electionpilihan raya kecilUndang-undangTiadaPilihan raya yang diadakan di luar waktu atau masa yang ditetapkan untuk pilihan raya umum apabila sesuatu kerusi dikosongkan oleh kerana sesuatu sebab tertentu.
carportserambi keretaKejuruteraanKejuruteraan BangunanBinaan yang diunjurkan dari bahagian tepi bangunan untuk memberikan perlindungan atau untuk tempat berteduh kereta atau kenderaan lain. Ia berbeza daripada garaj oleh kerana serambi kereta mempunyai dinding yang terbuka, sekurang-kurangnya dikedua-dua bahagian.
droughtkemarauHidrologiTiada(1) Ketiadaan kerpasan yang berlanjutan, kekurangan kerpasan yang ketara atau taburan kerpasan yang sedikit. (WMO) (2) Tempoh cuaca kering yang luar biasa panjangnya dan oleh kerana kurangnya kerpasan berlakunya ketidakseimbangan hidrologi yang teruk.
assigned riskrisiko teruntukPentadbiran PerniagaanTiadaRisiko yang biasanya tidak boleh diterima oleh syarikat insurans tetapi oleh kerana peruntukan undang-undang ia perlu dikendalikan oleh gemblengan syarikat-syarikat insurans dan diserahkan kepada syarikat mengikut giliran.
half-lifeseparuh hayatPerubatanTiadaMasa yang diambil oleh ubat dalam badan berkurangan menjadi separuh daripada jumlah asal, iaitu disimbolkan sebagai t½. Oleh kerana paras ubat dalam darah lebih mudah diukur daripada jumlah ubat dalam badan, t½ lebih mudah ditakrifkan sebagai masa yang diambil untuk paras ubat dalam darah berkurangan menjadi separuh daripada paras asal. Separuh hayat sesuatu ubat bergantung kepada kadar penyingkiran ubat tersebut. Ia mempengaruhi jarak masa pemberian ubat.
12345678910...

Kembali ke atas