sulphur | sulfur | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan VIA (atau 16) jadual berkala, simbol S, nombor atom 16, berat atom 32.06, r ombor pengoksidaan ‒2, +2, +4 dan +6, takat lebur 199°C (hablur monoklinik) dan 112.8°C (hablur rombus), takat didih 444°C (hablur rombus), bentuk alotrop berhablur (monoklinik dan rombus) atau alotrop serbuk amorfus berwarna kuning, larut di dalam karbon disulfida, karbon tetraklorida dan benzena tetapi tidak larut di dalam air dan terdapat empat isotop yang stabil. sulfur terdapat semula jadi dalam batu sulfur, atau bijih seperti galena, zink blend, pirit besi, pirit tembaga dan sinabar. Sulfur tulen diperoleh secara peleburan dan pemejalwapan batu sulfur. Unsur ini digunakan untuk membuat racun kulat, serbuk letupan, asid sulfurik, karbon disulfida, baja dan digunakan juga dalam pemvulkanan getah dan dalam perusahaan kertas. Nama umumnya ialah batu belerang. |