first cook | tukang masak pangkat atasan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Orang kanan jurumasak yang tugasnya lebih tertumpu kepada memasak dan menyempurnakan makanan. |
Senior Field Officer (Aborigines) | Pegawai Luar Kanan (Orang Asli) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
pinggang kanan | pinggang kanan | Keris | Tiada | Bahagian sisipan keris bagi orang Melayu, iaitu keris yang diberikan sebagai hadiah. |
control report | laporan kawal | Pentadbiran | Tiada | Laporan yang disediakan oleh seorang pengurus kanan dengan memeriksa, menilai dan meneliti prestasi pegawai atau orang bawahannya. |
props | prop | Sukan | Tiada | Dua 2. orang pemain yang memakai jersi nombor satu 1. dan nombor tiga 3. yang berkedudukan di barisan pertama, berperanan sebagai pengapit huker di bahagian kiri dan kanan, semasa skrum. |
pagne | pagne | Kesenian | Tiada | Skirt lilit sama sendat atau kain cawat yang berdrep di sisi kanan, diperbuat daripada kain kapas tenun bercorak, pakaian orang Afrika. |
chlamys | mantel klamis | Sejarah | Tiada | Mantel selendang segi empat yang berukuran 5' atau 6' x 3', dikancing pada bahagian bahu kanan atau bahagian hadapan. Mantel ini dipakai oleh pengembara, orang muda, tentera dan pemburu berbangsa Yunani pada Zaman Purba. |
chlamys | mantel klamis | Kesenian | Tiada | Mantel selendang segi empat yang berukuran 5' atau 6' x 3', dikancing pada bahagian bahu kanan atau bahagian hadapan. Mantel ini dipakai oleh pengembara, orang muda, tentera dan pemburu berbangsa Yunani pada Zaman Purba. |
seniority | kekananan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kedudukan yang lebih tinggi dalam struktur pentadbiran. Terdapat beberapa cara menentukan kekananan. Pertama, penentuan berdasarkan kepada tarikh pelantikan. Seseorang yang lebih lama dilantik adalah lebih kanan berbanding dengan kakitangan yang lain. Sekiranya tarikh pelantikan adalah sama bagi beberapa orang pegawai, maka tarikh kekananan mereka akan ditentukan mengikut susunan bilangan pilihan temuduga suruhanjaya. Kedua, penentuan berdasarkan meritokrasi. Kecemerlangan perkhidmatan seseorang boleh melonjakkan kedudukannya ke suatu jawatan yang lebih tinggi. Seseorang anggota perkhidmatan awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang boleh mendaki struktur hierarki dengan lebih cepat. Kelazimannya kekananan seseorang akan mempengaruhi kedudukannya dalam pentadbiran dan proses kenaikan pangkat. |