young person | orang muda | Kependudukan | Tiada | Tiada |
young person | orang muda | Undang-undang | Tiada | Tiada |
ghazal/ghazel | ghazal | Kesusasteraan | Puisi | Puisi lirik yang berasal dari Parsi dan digunakan sebagai nyanyian di kalangan orang muda dalam percintaan, bentuknya terdiri daripada lapan baris satu bait, dan rima akhirnya sama. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisi. Kekasihku seperti nyawa adalah terkasih dan mulia juga, Dan nyawaku pun, mana daripada nyawa itu jauh ia juga; Jika seribu tahun lamanya pun hidup ada sia-sia juga |
youthquake | gempa belia | Sosiologi | Tiada | Perubahan budaya, politik atau sosial yang berlaku secara besar-besaran hasil daripada tindakan atau pengaruh orang muda. |
physiologic tooth movement | gerakan gigi fisiologi | Perubatan | Tiada | Kecondongan gigi dalam soket semasa berfungsi dan perubahan posisi gigi yang berlaku pada orang muda semasa dan selepas pengeruptan. |
chlamys | mantel klamis | Sejarah | Tiada | Mantel selendang segi empat yang berukuran 5' atau 6' x 3', dikancing pada bahagian bahu kanan atau bahagian hadapan. Mantel ini dipakai oleh pengembara, orang muda, tentera dan pemburu berbangsa Yunani pada Zaman Purba. |
chlamys | mantel klamis | Kesenian | Tiada | Mantel selendang segi empat yang berukuran 5' atau 6' x 3', dikancing pada bahagian bahu kanan atau bahagian hadapan. Mantel ini dipakai oleh pengembara, orang muda, tentera dan pemburu berbangsa Yunani pada Zaman Purba. |
anabasis | anabasis | Kesusasteraan | Puisi | Gaya klimaks, iaitu membentuk beberapa gagasan berturutan yang semakin jelas kesan pernyataannya. Contohnya, petikan gurindam 'Hari Nak Siang'. Tengah malam sudah terlampau, Dinihari belum lagi tampak, Budak-budak dua kali jaga; Orang muda pulang bertandang: Orang tua berkalih tidur; Embun jantan rintik-rintik, ... |
Commedia dell�arte | commedia dell�arte | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama komik yang terdapat di Itali pada pertengahan kurun ke-16. Dua aspek penting commedia dell arte ialah improvisasi dan watak stok. Para pelakon mengimprovisasikan cerita berdasarkan senario cerita. Gaya persembahan- nya hampir sama dengan bangsawan yang menggunakan improvisasi dan watak stok. Watak stok boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, watak lurus yang diwakili oleh remaja atau orang muda yang sedang bercinta, dan watak tampak cerdik, kacak dan berpelajaran. Orang muda atau hero dikenali sebagai innamorato atau amoroso, manakala heroin dipanggil innamorata. Kedua, watak luar biasa yang beraksi dan berkelakuan secara berlebih-lebihan. Contohnya, capitano, pantalone, dottore dan harlequin. |
kabuki | kabuki | Kesusasteraan | Tiada | Teater tradisi Jepun yang merangkumi unsur muzik, tari, dan dialog. Teater ini dimulakan oleh Okuni, seorang penari perempuan Jepun pada tahun 1603. Hampir semua drama kabuki berbentuk melodrama. Setiap drama mengandungi beberapa episod dan apabila disambungkan episodnya menjadi suatu persembahan yang panjang. Drama kabuki boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, Jidaimono, iaitu cerita sejarah yang mengisahkan nilai tradisi Samurai. Kedua, Sewamono yang menceritakan tentang kaum pedagang. Kabuki menggunakan cara persembahan yang dilebih-lebihkan dan mencantumkan gaya deklamasi dengan gerak tarian. Peranan utama dalam kabuki dibahagikan kepada Tachiyaku, iaitu orang yang taat setia, Katakiyaku, orang yang jahat, Wakashukata, orang muda, Dokekata, pelawak yang baik dan yang jahat, dan Onnagata yang merupakan peranan perempuan yang dimainkan oleh lelaki. Chikamatsu Monzameon (1653-1724) merupakan dramatis kabuki yang terkenal dan beliau menulis antara 25 hingga 50 buah drama. Seorang lagi penulis drama k |