inclusivity | keterangkuman | Umum | Tiada | Dasar keterbukaan peluang kepada semua orang tanpa berat sebelah. |
perioeci | periosi | Matematik | Tiada | Orang yang tinggal di selarian altitud yang sama, tetapi di sebelah meridian yang bertentangan, dan dengan yang demikian itu, waktu tengah hari di satu tempat bersamaan dengan waktu tengah malam di tempat yang satu lagi. |
limitation of on-side | had pemadang | Sukan | Tiada | Hanya lima 5. orang pemadang dihadkan untuk berdiri di sebelah kiri pemukul. |
Queckenstedts test | ujian Queckenstedt | Perubatan | Tiada | Ujian untuk mengesan sama ada terdapat sekatan pada salur vertebra. Ujian ini dilakukan dengan menekan sebelah atau kedua-dua belah vena jugular pada leher. Pada orang yang sihat, tindakan ini meningkatkan tekanan cecair serebrospina, dan tekanan ini segera hilang apabila tekanan itu dilepaskan atau dihentikan. Tetapi pada seseorang yang mengalami sekatan salur vertebra, tindakan ini tidak mengubah tekanan cecair serebrospina. |
administrative politics | politik pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Senario, aktiviti dan fenomena politik yang wujud dalam persekitaran pentadbiran sesebuah organisasi. Politik pentadbiran wujud kerana persaingan untuk mendapatkan dan menggunakan kuasa, pengaruh dan sumber-sumber lain bagi kepentingan individu atau sekumpulan individu dalam organisasi. Keadaan ini melibatkan penggunaan kuasa dan keupayaan individu atau kumpulan untuk mempengaruhi individu atau kumpulan lain terutama dalam konteks perebutan jawatan, kuasa dan kepentingan. Biasanya politik pentadbiran sering kali dikaitkan dengan unsur-unsur negatif seperti ketidakadilan, sikap tidak jujur, berat sebelah, diskriminasi, mempergunakan orang lain dan sebagainya. |
pergam | pergam | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter yang berbentuk tiub. Pergam diperbuat daripada buluh bersaiz sederhana dan empat utas tali dipotong daripada permukaan buluh itu sendiri. Alat muzik yang talinya dipotong daripada permukaan buluh tersebut dikenali sebagai idiokordik. Pergam dipegang dengan sebelah tangan secara menegak dengan hujung buluh tersebut menghadap paha pemain, sementara sebelah tangan lagi memetik tali. Alat ini menghasilkan melodi dan rentak tertentu dalam upacara menyembuhkan penyakit. Pergam dimainkan oleh orang asli suku kaum Jah Hut di Pahang, Semenanjung Malaysia. |
krem | krem | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter yang berbentuk tiub. Alat muzik ini diperbuat daripada buluh. Dua utas tali nilon atau akar dipasang pada badan krem. Krem dipegang secara mendatar dengan sebelah tapak tangan pemain, dan tali dipetik dengan jari atau digesek dengan penggesek yang diperbuat daripada rotan, tali akar atau tali nilon. Krem dimainkan oleh orang asli di Semenanjung Malaysia secara solo sebagai hiburan. Lihat juga satong, tongkungon. |