Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.rién.ta.lis.me] | اوريئينتاليسمى

Definisi : (oriéntalisme) nilai (ciri, gaya, pan­dangan, tatalaku dsb) yg berkaitan dgn atau berasaskan bangsa Timur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.rién.ta.lis.me] | اوريئينتاليسمى

Definisi : /oriéntalisme/ nilai, ciri dsb yg berkaitan dgn bangsa Timur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata orientalisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
orientalismorientalismeKesusasteraanTiadaKonsep dunia Timur seperti yang dirakamkan, digambarkan, dibayangkan dan diciptakan oleh Eropah dan dunia Barat. Dalam bidang sastera, orientalisme merujuk kepada wacana Barat mengenai Timur dalam pelbagai disiplin teks sebagai usaha Barat untuk memberikan penerangan dan interpretasi mereka terhadap konsep �Timur� bikinannya sendiri. Di sebalik usaha ini, Barat ingin menguasai kawasan geografi yang luas dan kompleks ini melalui ilmu epistemologi. Strategi penguasaan melalui wacana ini dibongkar dan dianalisis oleh Edward Said dalam bukunya Orientalism (1978) yang dianggap titik permulaan kaedah kritikan pascakolonial. Walau bagaimanapun, orientalisme dalam bentuk wacana bermula pada Zaman Pertengahan melalui teks kembara (Travel Writings) yang menimbulkan minat Barat terhadap Timur. Keadaan ini diikuti oleh fenomena perkembangan empayar Islam pada kurun ke-17 dan ke -18 yang membawa pelbagai cerita, antaranya Hikayat Seribu Satu Malam dari Timur Tengah. Kemuncak orientalisme pada kurun ke-19 dan ke-20 be
orientalismorientalisme/faham ketimuran/faham orientalisSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
exoticismeksotisismeKesusasteraanTiadaKeanehan yang tergambar dalam sesuatu cerita tanpa mengambil kira gambaran tersebut benar atau palsu. Keanehan tergambar pada aspek latar, peristiwa, dan watak yang mempesonakan serta mengasyikkan dalam sesuatu cerita. Dari sudut wacana orientalisme, gambaran eksotisisme ini sengaja menonjolkan sifat aneh dan asing bagi latar, motif, rujukan budaya, dan sosial masyarakat Timur. Kebanyakan karya kolonialisme pada abad ke-18 dan 19 memaparkan negara Timur seperti India, Timur Tengah dan Asia Tenggara sebagai latar eksotik. Contoh eksotisisme ditemui dalam karya bertajuk Persian Eclogues (1742) oleh Willian Collins, Vathek (1786) oleh William Beckford, dan Lord Jim (1895) oleh Joseph Conrad.
postcolonial criticismkritikan pascakolonialKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang mengkaji kesan penjajahan terhadap sejarah, politik, sistem nilai dan kebudayaan masyarakat yang pernah dijajah. Kritikan ini mengkaji kesan berteraskan aliran pascakolonialisme. Selain mengkaji kesan penjajahan, kritikan pascakolonial juga menawarkan perspektif dan kaedah analisis alternatif kepada wacana perdana penjajah berdasarkan sudut pandangan yang dijajah. Wacana penjajah biasanya mengagungkan peradaban Barat dan merendahkan tamadun lain, khususnya Timur. Proses wacana penjajah ini dikenali sebagai representasi yang tidak seimbang. Kritikan pascakolonial menawarkan wacana balikan yang mendedahkan struktur kuasa yang memungkinkan dan mengabsahkan dakwaan dalam wacana kolonial tersebut seperti yang dihuraikan oleh Edward Said dalam bukunya berjudul Orientalism (1978). Seterusnya, kritikan pascakolonial mengkaji struktur kuasa pemerintah selepas era penjajahan seperti dalam esei penulis dan pengkritik Nigeria, Chinua Achebe. Lihat juga orientalisme.

Kembali ke atas