Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.rién.ta.si] | اوريئينتاسي

Definisi : (oriéntasi) 1. arah aliran yg diikuti atau yg menjadi spt landasan bagi sesuatu pergerakan (perkembangan dll): sikap atau ~ intelektual tidak dapat dicapai hanya melalui latihan yg berdasarkan ilmu-ilmu kepakaran tertentu; 2. kegiatan (peninjauan dsb) yg menjadikan seseorang faham akan atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu ke­adaan baru (matlamat tertentu dll): pd hemat saya, tidak perlu memberikan ~ baru kpd pelajar-pelajar kita supaya tanggapan dan niat mereka belajar di universiti memenuhi harapan yg kita letakkan pd mereka; berorientasi melihat-lihat atau meninjau-ninjau dsb (agar lebih kenal, lebih mesra, lebih tahu atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan dll); berorientasikan mempunyai sbg orientasi, berasaskan sesuatu orientasi: industri-industri yg ~ eksport; sistem pendidikan yg ~ pepe­riksaan; sebuah karya Melayu yg ~ tradisi Arab; strategi ekonomi yg ~ per­tumbuhan; mengorientasikan menyesuaikan (menye­laraskan dsb) kpd sesuatu atau utk mencapai sesuatu: diperlukan latihan semula atau latihan dlm perkhidmatan utk ~ semula pemikiran dan pengetahuan mereka; kese­luruhan sistem pendidikan mestilah diorien­tasikan utk menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat motivasi dan disiplin di kalangan para pelajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.rién.ta.si] | اوريئينتاسي

Definisi : /oriéntasi/ suai kenal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
orientasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan arah, hala, kecenderungan, kecondongan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
menotaxismenotaksisBiologiEntomologiOrientasi separuh atau orientasi kekal badan terhadap rangsangan denia.
twinningpengembaran; melilitKejuruteraanTiadaPengembaran: Proses sebahagian hablur mengambil orientasi yang bersimetri terhadap orientasi asas hablur.
landscapelandskapTeknologi MaklumatTiadaCara mengorientasi kertas untuk cetakan supaya ia lebih lebar daripada tinggi. Pencetak laser umumnya memberi pilihan orientasi pilihan mencetak dalam orientasi potret atau landskap.
taxistaksisBiologiEkologiOrientasi langsung sesuatu organisma sebagai gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. Taksis melibatkan gerak balas keseluruhan tubuh organisma. Orientasi ini dikatakan positif jika organisma bergerak mendekati rangsangan, dan negatif jika menjauhi rangsangan. Misalnya, Euglena menjauhkan diri daripada cahaya, dan Vorticella mengecutkan tangkainya jika disentuh.
cine-orientedberorientasi pawagamTeknologi MaklumatTiadaOrientasi imej filem seperti jalur filem wayang iaitu selari kepada tepi jalur filem. Orientasi ini lazim digunakan dalam menyusun bingkai multimedia secara jujukan menegak iaitu dari atas ke bawah atau sebaliknya. Banding berorientasi komik.
comix-strip orientedberorientasi komikTeknologi MaklumatTiadaOrientasi imej filem seperti jaluran komik iaitu menegak kepada tepi jalur filem. Orientasi ini lazim digunakan dalam menyusun bingkai multimedia secara jujukan mengufuk iaitu dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Banding berorientasi wayang.
operational goalsmatlamat operasiPentadbiranPentadbiran Awam

Objektif atau orientasi pentadbiran yang ingin dicapai dalam sesebuah organisasi. Matlamat orientasi ini berteraskan misi dan wawasan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan yang melibatkan perancangan rapi, kaedah pengurusan yang tepat, strategi pelaksanaan, pengawasan dan penilaian. Dalam konteks pentadbiran awam, matlamat operasi sentiasa bersandarkan kepada piagam pelanggan, prosedur dan peraturan-peraturan tertentu yang termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam.

action orientedberorientasikan tindakanSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk orientasi yang bukan sekadar bersifat tingkah laku semata-mata, tetapi lebih menggambarkan atau menjelaskan matlamat sebenar tujuan tindakan itu diambil. Dalam amalan pentadbiran sesebuah institusi atau kerajaan, orientasi ini merupakan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Dalam erti kata lain, setiap tindakan yang diambil bermotifkan untuk mencapai sasaran dan juga visi tertentu. Contohnya, Dasar Pandang ke Timur merupakan satu dasar yang berorientasikan tindakan.
agrarian reformreformasi agrariaSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan yang bertujuan mengubah hala tuju dan orientasi sektor pertanian. Tindakan ini diambil ekoran daripada persaingan yang wujud antara sektor pertanian dengan perindustrian serta kebimbangan terhadap terpinggirnya sektor ini dalam sumbangannya kepada pembangunan negara. Melalui program pemulihan, sektor pertanian diberi orientasi yang bersifat komersial dalam setiap produktiviti yang dihasilkan. Contohnya, pembaharuan agraria di Malaysia yang dibuat melalui penerokaan tanah pertanian seperti tanah rancangan FELDA dan FELCRA. Sinonim pembaharuan agraria/pemulihan agrarian.
orientationorientasiGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas