ozonosphere | ozonosfera | Matematik | Tiada | Lapisan dalam stratosfera atas yang berada pada ketinggian kira-kira 40 batu dan mempunyai kepadatan ozon yang tinggi dan penting kerana ia menyerap sinaran ultralembayung dari matahari. |
homosphere | homosfera | Sains | Hidrometeorologi | Bahagian bawah atmosfera yang terbahagi dua mengikut kehomogenan komposisi umum atmosfera. Homosfera merupakan kawasan di dalamnya tiada perubahan jumlah dalam komposisi atmosfera, iaitu, keseluruhan atmosfera dari permukaan bumi kira-kira 80 atau 100 km. Homosfera agak setara dengan neutrosfera, dan termasuk troposfera, stratosfera dan mesosfera dan juga ozonosfera serta sekurang-kurangnya sebahagain kemosfera. |
stratosphere | stratosfera | Sains | Hidrometeorologi | 1. Lapisan atmosfera di atas troposfera tetapi di bawah mesosfera. Ia menganjur dari tropopaus ke ketinggian yang suhunya mula bertambah di sekitar 20 � 25 km. Suhu di stratosfera berjulat dari �45o hingga �75oC. Kadar tukaran suhunya stabil (pada min, hampir isoterma). Ciri yang paling terserlah dalam pola edaran stratosfera ialah kemampatannya; walau bagaimanapun, apabila perubahan berlaku, ia terjadi dengan cepat. Kandungan udara stratosfera pada dasarnya sama dengan atmosfera bawah, dengan tambahan ozon. 2. Lapisan atmosfera yang menganjur ke atas dari tropopaus ke dasar termosfera, iaitu, ke aras suhu minimum pada ketinggian lebih kurang 70 atau 80 km. Dengan takrif ini, stratosfera termasuk mesosfera, ozonosfera, dan semua atau sebahagian daripada kemosfera. |
atmospheric shell | petala atmosfera | Sains | Hidrometeorologi | Salah satu daripada beberapa strata atau lapisan atmosfera bumi. Taburan suhu merupakan satu kriteria yang paling kerap digunakan untuk melambangkan berbagai-bagai petala. Troposfera (wilayah perubahan) adalah bahagian terbawah atmosfera, 10 � 20 km tebal, yang dicirikan oleh pengurangan suhu mengikut ketinggian.Istilah stratosfera digunakan untuk melambangkan wi- layah nisbi isoterma yang betul-betul atas dari tropopaus, dan petala yang menganjur ke atas dari tropopaus ke aras suhu minimum pada 70 � 80 km; mesosfera merupakan petala di antara kira-kira 20 dan 70 atau 80 km yang mempunyai suhu maksimum luas pada kira-kira 40 � 50 km; dan termosfera ialah petala atas dari mesosfera dan mempunyai suhu yang meningkat mantap mengikut ketinggian. Taburan berbagai-bagai proses fiziokimia merupakan satu lagi kriteria. Ozonosfera yang terletak di antara 10 � 50 km ialah kawasan umum atmosfera atas yang dalamnya terdapat ketumpatan ozon yang nyata dan ozon itu memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan si |