Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl 1. ark kaki; 2. tempat (dlm kata majmuk): maya~, marca~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada IV


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
exonuclease IVeksonuklease IVBiologiGenetikEnzim yang menghadamkan DNA bebenang tunggal. Enzim ini memangkinkan hidrolisis pada kedua-dua hujung untuk menghasilkan beberapa oligonukleotida kecil, dan aktif dengan kehadiran EDTA.
physisorption type IVpenjerapan fizikal jenis IVKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenjerapan fizikal yang berlaku di dalam bahan berongga dan kelakuannya menyerupai penjerapan fizikal jenis II pada tekanan relatif yang rendah tetapi penjerapan meningkat dengan ketaranya pada nilai tekanan relatif yang tinggi disebabkan oleh pemeluwapan rerambut. Penjerapan ini menunjukkan sifat histerisis apabila tekanan relatif diturunkan. Penjerapan jenis ini kerap didapati dalam sistem mangkin industri. Sifat pemeluwapan rerambut daripada isoterma ini digunakan untuk menentukan agihan saiz rongga.
ventricleventrikelBiologiHistologi dan SitologiRongga atau kebuk yang terdapat pada otak dan jantung. Pada otak terdapat empat ventrikel, iaitu ventrikel lateral (otak depan), ventrikel III (otak bawah), dan ventrikel IV posterior bawah.
depolarizerpenyahkutubKimiaTiadaBahan yang digunakan dalam sel elektrokimia untuk mencegah pengutuban. Misalnya, mangan(IV) oksida yang digunakan untuk menyingkirkan gas hidrogen yang terbentuk pada katod di dalam sel voltan.
debt based Islamic bondbon Islam asas hutangEkonomiEkonomi IslamBon yang diterbitkan berasaskan prinsip hutang. Proses terbitan bon ini dilakukan seperti yang berikut: i. Pengeluar mengenal pasti aset. ii. Bank Islam membeli aset tersebut. iii. Aset dijual kepada pengeluar bon pada harga jualan. iv. Bon akan dikeluarkan bagi mendapatkan dana untuk tujuan pembelian. Pengeluar bon akan membayar secara berkala kepada pemegang bon. Contohnya, sijil pelaburan kerajaan dan bon tanda aras khazanah.
hypersensitivitykehiper-sensitifanPerubatanTiadaKeadaan alergi yang dialami apabila gerak balas imunologi yang berlebihan berlaku pada individu yang terdedah semula kepada alergen tertentu. Keadaan ini terbahagi kepada empat jenis, iaitu jenis I (anafilaksis), jenis II (sitotoksik), jenis III (kompleks imun) dan jenis IV (keimunan perantaraan sel).
Atlantic CharterPiagam AtlantikSains PolitikHubungan AntarabangsaPiagam yang dipersetujui pada tahun 1941 hasil pertemuan antara pemimpin British, Winston Churchil dengan Presiden Amerika, Roosevelt. Piagam ini menggariskan asas politik kedua-dua buah negara. Prinsip piagam adalah seperti yang berikut: i. kedua-dua kuasa tidak bertujuan untuk memperluas wilayah masing-masing; ii. mereka tidak berniat untuk mengubah ruang wilayah yang tidak diingini oleh rakyat negara berkenaan; iii. mereka menghormati hak semua bangsa untuk menentukan bentuk pemerintahannya. Hak kedaulatan dan pemerintahan sendiri yang dirampas secara kekerasan harus dikembalikan semula kepada rakyat negara yang berkenaan; iv. mereka akan berikhtiar memajukan perhubungan baik antara semua bangsa, tanpa mengira negara besar atau kecil, bangsa yang kalah atau yang menang, dan juga akan berusaha memajukan perdagangan dan bahan mentah dunia atas dasar persamaan yang diperlukan bagi kemakmuran ekonomi; v. mereka akan berusaha memajukan kerjasama sepenuhnya bagi kesemua negara dalam bidang ekonomi, memper
advertising budgetbelanjawan pengiklananKomunikasiKorporatSejumlah wang yang disedikan oleh pengiklan untuk tujuan pengiklanan. Terdapat pelbagai kaedah untuk menentukan jumlah yang sesuai bagi sesuatu belanjawan pegiklanan, iaitu bergantung pada: (i) Keadaan pasaran dan bentuk persaingan yang wujud pada sesuatu masa. (ii) Orientasi dan jenis perniagaan. (iii) Jumlah modal operasi perniagaan. (iv) Sikap dan tanggapan pihak pengurusan organisasi terhadap pengiklanan. Belanjawan pengiklanan dirancang dan disediakan berdasarkan tempoh belanjawan yang ditentukan oleh sesebuah organisasi.
trouveretrouvereMuzikTiada

Ahli muzik dan penyajak dari Perancis Utara yang popular pada abad ke-12 dan abad ke-13. Sebanyak 2130 buah puisi dalam bahasa Perancis dan 1420 lagu oleh trouvere masih wujud. Lagu trouvere bertekstur monofoni dan digubah secara silabik. Bentuk baris ulang merupakan salah satu ciri utama lagu trouvere. Perrin D'Angicourt (sekitar tahun 1245 -1270), Thibaut IV, Roi de Navarre (sekitar tahun 1202-1253) dan Adam de la Halle (sekitar tahun 1250-1288) adalah antara trouvere utama.

catalystmangkinKimiaTiadaBahan yang mempercepat kadar tindak balas kimia tanpa mengubah komposisi kimianya pada akhir tindak balas, dengan menyediakan laluan alternatif yang mempunyai tenaga pengaktifan yang lebih rendah. Terdapat dua jenis mangkin, iaitu mangkin homogen yang mempunyai fasa yang sama dengan bahan tindak balas, dan mangkin heterogen yang mempunyai fasa yang berbeza dengan bahan tindak balas. Contoh mangkin homogen ialah asid, dan mangkin heterogen ialah serbuk logam atau oksida logam seperti platinum, nikel dan mangan(IV) oksida. Kebanyakan mangkin dalam proses biokimia pula terdiri daripada mangkin homogen seperti vitamin dan enzim.
123

Kembali ke atas