offensive tactic | taktik serangan | Pengurusan | Perancangan | Taktik yang dilakukan apabila organisasi melihat peluang pasaran akibat daripada kesilapan atau kekurangan yang ditonjolkan oleh pesaing. Tujuan taktik serangan adalah untuk mengeksploitasi kelebihan yang ada pada organisasi tersebut dan mengambil kesempatan pada peluang yang ada untuk menguasai pasaran. Contoh taktik serangan adalah menambah baik produk berbanding dengan produk pesaing serta menawarkan harga yang jauh lebih murah, mengadakan aktiviti promosi yang agresif (seperti potongan harga dan barang percuma) bagi menarik perhatian pelanggan pesaing. |
skimming price policy | dasar harga tarahan | Ekonomi | Tiada | Dasar menentukan harga dengan mengenakan harga tinggi pada peringkat permulaan untuk menampung kos seunit yang tinggi atau mengambil kesempatan kuasa monopoli yang diperoleh daripada keluaran baru dan kemudian menurunkan harga apabila persaingan meningkat. |
UN Protection Force (UNPROFOR)) | Pasukan Perlindungan Bangsa-Bangsa Bersatu | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pasukan perlindungan yang asalnya ditubuhkan untuk menyelia genjatan senjata Serbia-Croatia pada tahun 1992 dan misinya merangkumi kawasan Bosnia. Pasukan ini merupakan gabungan beberapa negara seperti Perancis, Britain, Sepanyol dan Belanda. Pasukan ini tidak berkesan kerana undang-undang yang menerangkan kepada tentera masa dan cara mereka boleh menembak balas adalah lemah dan kabur. Akibatnya pasukan ini tidak diendahkan dan menjadi bahan ketawa pasukan Serbia-Bosnia. Pada tahun 1995, askar Serbia telah membunuh ramai orang awam Islam di Sebrenica di depan pasukan Belanda UNPROFOR yang hanya melihat dan tidak mampu berbuat apa-apa. RO E bagi UNPRO FOR tidak menghendaki pasukan ini berperang dan askar Serbia telah mengambil kesempatan atas kelemahan ini dengan meneruskan keganasan mereka. Peranan UNPROFOR ini akhirnya diambil alih oleh IFOR di bawah NATO pada tahun 1996. Sinonim UNPROFOR. |