seed density | kepadatan biji benih | Pertanian | Agronomi | Kuantiti atau bilangan biji benih yang digunakan untuk penanaman bagi satu unit kawasan. Contohnya, 25 kg - 30 kg biji benih padi digunakan untuk menanam padi seluas 1 hektar. Terdapat kepadatan biji benih yang optimum dan memberikan hasil terbaik untuk tanaman tertentu. |
rice | beras; nasi; padi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Beras: Padi yang sudah ditumbuk atau diproses dan kulitnya telah terkupas.,2. Nasi: Beras yang telah ditanak atau dikukus.,3. Padi: Sejenis tumbuhan rumput yang buahnya dijadikan beras. |
rice bran | dedak padi | Veterinar | Tiada | Selaput antara kulit padi dan beras yang terdiri daripada lapisan aleuron, germa dan sebahagian daripada endosperma. Bahagian ini diperoleh semasa padi diproses untuk menghasilkan beras. Bahan ini merupakan 10% daripada keseluruhan berat padi dan mengandungi aras protein, lemak, vitamin dan mineral yang lebih tinggi berbanding dengan beras. Kandungan proteinnya ialah 12-5% dan bahan serabut 16-18%. Bahan ini juga mempunyai kandungan tenaga, fosforus dan vitamin B yang tinggi. Bahan ini kerap digunakan sebagai salah satu komponen dalam makanan ayam dan ternakan lain. Walau bagaimanapun, bahan ini mengandungi faktor antipemakanan yang dikenali fitat atau asid fitik, yang boleh menjejaskan penyerapan fosforus. Bahan ini terdapat dalam dua jenis iaitu yang biasa (8% lemak) dan yang dinyahlemak (1-2% lemak). |
water use efficiency | kecekapan penggunaan air | Pertanian | Agroteknologi | 1. Jumlah bahan kering atau bahagian tuaian tanaman yang dihasilkan per unit air yang digunakan. Contohnya, untuk menghasilkan sejumlah hasil tanaman, maka sejumlah air tertentu diperlukan bagi tumbesaran tanaman tersebut. 2. Nisbah kadar fotosintesis berbanding kadar transpirasi tumbuhan. Ia merupakan kuantiti karbon dioksida yang diikat dengan kuantiti air yang hilang dalam proses tersebut. Kecekapan penggunaan air penting pada masa kini dengan perubahan iklim yang sedang berlaku, yang boleh menyebabkan kekurangan sumber air untuk tanaman. Oleh itu, beberapa kaedah penghasilan tanaman yang terbaharu telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah kekurangan sumber air ini. Contohnya, untuk mengurangkan penggunaan air dalam tanaman padi, varieti padi yang tinggi kecekapan penggunaan air yang dikenali sebagai padi aerobik, telah diperkenalkan. Singkatan WUE. |
grain | bijian; butiran; ira | Perubatan | Tiada | 1. Bijian: Biji atau buah daripada tumbuhan bijirin seperti jagung, gandum, padi dan lain-lain. |
grain | bijian; butiran; ira | Perubatan | Tiada | 1. Bijian: Biji atau buah daripada tumbuhan bijirin seperti jagung, gandum, padi dan lain-lain.,. |
grain | bijian; butiran; ira | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Bijian: Biji atau buah daripada tumbuhan bijirin seperti jagung, gandum, padi dan lain-lain.,2. Butiran: Benda kecil yang keras seperti gula, garam, pasir dan lain-lain.,6. Ira: Jalinan pada kain, kanvas atau kertas cetak dan fotografi. |
seasonal crop | tanaman bermusim | Pertanian | Agronomi | 1. Tanaman jangka pendek yang ditanam mengikut cuaca. Contohnya, padi ditanam pada musim tengkujuh, manakala tembakau ditanam pada musim kemarau. 2. Tanaman yang berbuah pada musim tertentu dan tidak sepanjang tahun. Contohnya, durian dan rambutan. |
dry hole | lubang kering | Kejuruteraan | Petroleum | SINONIM: 1. telaga kering 2. duster Telaga eksplorasi atau telaga pembangunan yang didapati tidak berupaya untuk menghasilkan gas dan/atau minyak dalam kuantiti yang memadai padi mengimbangi kos pelengkapnya sebagai telaga minyak atau telaga gas. |
crop improvement | pembaikan tanaman | Pertanian | Agronomi | Usaha ke arah meningkatkan daya produktiviti dan kualiti hasil sesuatu tanaman dengan kaedah pembiakbakaan. Secara tidak langsung, pembaikan tanaman telah dilaksanakan semenjak manusia mula bercucuk tanam. Petani telah memilih benih daripada pokok yang menghasilkan banyak buah dan mengeluarkan buah yang disukainya, dan apabila amalan ini berulang untuk beberapa generasi, daya hasil dan kualiti tanaman itu akan meningkat. Baka yang berhasil dan berkualiti tinggi akan diwujudkan. Dengan pengetahuan ilmu genetik dan pembiakbakaan yang dipelopori oleh Gregor Mendel (1822-1884), pembaikan tanaman dilakukan dengan sistematik dan meliputi kacukan dan pemilihan baka. Satu contoh kejayaan pembaikan tanaman ialah penghasilan varieti padi berhasil tinggi melalui program pembiakbakaan yang intensif oleh Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa (IRRI) daripada tahun 1960. Hasil padi dapat ditingkatkan daripada 1-3 ton kepada 5-7 ton sehektar dengan memilih jenis padi katek dan mempunyai nisbah buah ke daun yang ti |