Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.duan] | ڤادوان

Definisi : 1. yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. per­sesuaian, kecocokan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.duan] | ڤادوان

Definisi : sesuatu yg sudah dipadu; apa-apa yg sudah disatukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resultant-force diagramgambar rajah daya paduanMekanikGunaanGambar rajah yang menunjukkan daya paduan dan pasangan paduan yang bertindak pada sesuatu jasad, dengan vektor-vektor daya dan pasangan ditulis dalam sebutan pecutan pusat graviti G jasad itu aG dan pecutan sudutnya a. Daya paduan itu ditulis sebagai maG dan pasangan paduan sebagai IG, dengan IG sebagai momen sifatekun jisim jasad di sekitar titik G. Vektor maG melalui titik G dan digambarkan menerusi komponen-komponen tepatnya di titik itu; IGa ialah suatu vektor bebas. Dalam analisis kinetik, gambar rajah daya paduan ini ‘disamakan’ dengan gambar rajah jasad bebas untuk memudahkan penulisan persamaan gerakan yang berpadanan. (Perhatikan bahawa gambar rajah daya paduan adalam sama untuk semua masalah, dan ditunjukkan dalam Rajah G1 untuk kes gerakan satah jasad tegar. Bagi jasad rencam, vektor maG dan vektor IGa biasanya ditunjukkan secara berasingan untuk jasad komponen masing-masing. Gambar rajah daya tindakan juga dinamai gambar rajah kinetik. Lihat juga daya tindakan. Rajah G1 (rujuk mss. 35)
paduan vectorvektor paduanMekanikGunaanVektor yang boleh menggantikan sistem vektor yang terbentuk daripada dua, atau lebih, vektor lain yang sejenis tanpa mengubah kesan tindakan sistem asal. Pemaduan vektor untuk menghasilkan vektor paduan ini biasanya dilakukan dengan menggunakan hukum segi empat selari, peraturan segi tiga atau dengan menggunakan poligon vektor. Lihat juga hukum segi empat selari, peraturan segi tiga, poligon vektor.
kinetic momentmomen kinetikMekanikGunaanMomen bagi daya paduan dan ganding paduan tak terimbang yang bertindak pada jasad, dihitung di sekitar titik yang bukan pusat jisim jasad itu. momen kinetik dihitung daripada gambar rajah kinetik sebagaimana momen biasa dihitung daripada gambar rajah jasad bebas. Lihat juga gambar rajah kinetik.
wrenchperengkuhMekanikGunaan1. Sistem daya yang terbentuk daripada satu daya paduan dan satu ganding yang selari. Sebarang sistem daya umum boleh digantikan dengan perengkuh yang unik. vektor daya paduan dan vektor ganding paduan yang membentuk perengkuh bertindak di sepanjang suatu garis tindakan yang unik bagi sesuatu sistem daya umum yang diwakili oleh perengkuh itu. kelaziman tanda menentukan bahawa perengkuh adalah positif sekiranya vektor daya dan vektor ganding yang membentuk perengkuh itu bertindak pada hala yang sama; perengkuh adalah negatif jika kedua-duanya bertindak pada hala yang berlawanan. 2. Sejenis alat kejuruteraan yang digunakan dengan cara memutarkannya di sekitar suatu paksi untuk menghasilkan gerakan di sepanjang paksi itu. contoh perengkuh yang biasa ditemui ialah sepana.
resulant forcedaya paduanMekanikGunaanDaya berkesan yang dihasilkan oleh suatu sistem daya. Daya paduan merupakan hasil tambah vektor daya dalam sistem berkenaan dan kesan luarnya terhadap jasad sama dengan kesan sistem daya yang diwakilinya. Lihat juga gambar rajah daya paduan.
cone of frictionkerucut geseranFizikMekanikPaduan daya yang terhasil apabila sebuah permukaan rata bertindak ke atas permukaan rata lain merupakan paduan tindak balas normal dengan daya geseran. Paduan ini mestilah berada di dalam suatu kerucut yang mempunyai paksi yang tegak kepada permukaan kepingan-kepingan ini.
payload integrationintegrasi muatanAeroangkasaTiadaPaduan beberapa pesawat pada kenderaan pelancar atau paduan modul muatan dengan modul khidmat.
trapezoid composite integration formulaformula pengamiran paduan trapezoidKejuruteraanKejuruteraan KimiaFormula trapezoid yang diperbaik dengan menggunakan konsep pengamiran paduan untuk kejituan yang lebih tinggi daripada formula asal trapezoid dengan menggunakan ungkapan berikut: (rujuk m/s 61) dengan h = jarak di antara titik dasar, n = bilangan titik dasar.
compositekompositKesenianSeni BinaPaduan antara dua atau lebih komponen atau bahan yang membentuk sesuatu. Dalam dunia pembinaan, biasanya komposit merujuk kepada paduan antara dua jenis bahan binaan atau lebih seperti konkrit tetulang yang membentuk komponen bangunan. Dalam seni bina, komposit merupakan perpaduan dua pendekatan atau gaya rupa yang berbeza untuk membentuk suatu gaya baharu.
resultant windangin paduanMeteorologiMeteorologi PerhubunganDalam limatologi, purata vektor angin dari semua arah dan laju angin pada semua arah dan laju angin pada suatu aras dan tempat dalam tempoh tertentu, misalnya satu bulan. Angin paduan ini diperoleh dengan meleraikan setiap angin kepada komponen utara dan timur, menjumlahkannya pada tertentu, mendapatkan puratanya dan menukarkan kembali purata komponen tersebut kepada satu vektor tunggal.
12345678910...

Kembali ke atas