transition time | masa peralihan | Komunikasi | Korporat | Pertukaran waktu siaran dalam media elektronik khususnya di radio berdasarkan kelompok masa siaran dalam sehari. Kelompok masa ialah pembahagian masa siaran mengikut aktiviti khalayak dalam sesuatu budaya. Contohnya, masa peralihan di Malaysia, bermula pada pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa siaran pagi, pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi ialah masa siaran lewat pagi, pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang ialah masa siaran tengah hari, pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang ialah masa siaran awal petang, pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam ialah masa siaran petang, pukul 7.00 malam hingga 9.00 malam ialah masa lewat petang atau malam, pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam ialah masa siaran malam, pukul 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi ialah masa lewat malam, dan pukul 3.00 pagi hingga 6.00 pagi ialah masa awal pagi. Pembahagian masa peralihan ini ditentukan berdasarkan aktiviti khalayak di sesebuah negara. Tempoh siaran dari pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa perdana |
total audience plan | perancangan khalayak seluruh | Komunikasi | Korporat | Pakej masa siaran iklan di radio dan televisyen yang dirancang dan ditawarkan kepada pengiklan. Perancangan ruang masa siaran iklan terletak pada kategori masa siaran dalam sehari, seperti masa siaran awal pagi, pagi, tengah hari, awal petang, petang, malam, dan tengah malam. Perancang masa siaran iklan di stesen berkenaan menyediakan pakej masa siaran untuk semua kategori waktu tersebut berdasarkan harga pakej yang dipilih oleh pihak pengiklan. Cara ini membolehkan sesuatu iklan menjangkau semua jenis khalayak yang terdedah kepada siaran radio dan televisyen pada sepanjang tempoh siaran. |
split duty | tugas bersela | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tugas kaunter mengikut masa tertentu dengan menyelakan jarak waktu rehat iaitu pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi, pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang dan pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam. |
brunch | sarapan lewat pagi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Hidangan makanan ringan yang dinikmati di antara 10 pagi hingga 11.30 pagi. |
petit dejenner | sarapan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Hidangan makanan yang dinikmati pada setiap pagi sehingga pukul 10 pagi. |
antemeridiem | pagi/ante meridiem | Matematik | Tiada | Waktu dari 12:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. |
breakfast television | siaran pagi | Komunikasi | Tiada | Rancangan televisyen atau radio yang disiarkan pada waktu pagi. Biasanya, rancangan-rancangan ini menggunakan format perbincangan dengan tetamu di studio atau perbualan melalui panggilan telefon. |
morning newspaper | surat khabar pagi | Komunikasi | Tiada | Surat khabar yang diterbitkan untuk edaran pada waktu pagi. bd. surat khabar petang. |
12-hour system | sistem 12 jam | Matematik | Tiada | Sistem waktu yang berasaskan 12 jam pada sebelah pagi dan 12 jam pada sebelah petang. Apabila waktu dinyatakan dalam sistem ini, sebelah pagi atau sebelah petang penting dinyatakan. Misalnya, pukul 5:30 mungkin bermaksud pukul 5:30 pagi atau pukul 5:30 petang. Bandingkan sistem 24 jam. |
breakfast talk | bicara pagi | Komunikasi | Tiada | Acara berbentuk perundingan atau perbincangan rasmi berkaitan isu tertentu yang diadakan pada waktu pagi. |