Brucea amarissima | Lada pahit, melada pahit | Pertanian | Tiada | Tumbuhan jenis renek dalam famili Simaroubaceae juga dikenali sebagai melada pahit. Biasanya tumbuh dengan mudah di kawasan yang terbuka. Daunya jenis majmuk pinat dan tepi daun bergerigi. Bunga berwarna merah yang mempunyai empat cuping kaliks. Buahnya kecil dan keras. Buah matang berwarna hitam mempunyai rasa seperti lada. Daun digunakan untuk merawat kurap, bisul dan gigitan lipan. Buah yang telah masak dimakan untuk meningkatkan suhu badan, mengubati buasir, cirit-birit, sakit perut dan batuk. Akarnya pula digunakan untuk meredakan disentri, diarea, malaria, demam, sakit perut, batuk dan keracunan. |
bitter almond oil | minyak badam pahit | Kimia | Forensik | Minyak meruap yang diperoleh daripada penyulingan isirung badam pahit. Badam pahit mengandungi amigdalin, bersama-sama dengan enzim yang memangkinkan hidrolisisnya. Apabila isirung ditumbuk dan di lembapkan, minyak meruap yang terhasil akibat hidrolisis yang berlaku boleh disuling keluar. Minyak ini mengandungi benzaldehid dan asid hidrosianik sebagai bahan utama, dan digunakan dalam farmasi sebagai perisa makanan selepas asid hidrosianik disingkirkan. |
Brucea amarissima | lada pahit | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis renek dalam famili Simaroubaceae dan dikenali juga sebagai melada pahit. Lada pahit biasanya tumbuh dengan mudah di kawasan yang terbuka. Daunnya jenis majmuk pinat dan tepi daunnya bergerigi. Bunganya berwarna merah dan mempunyai empat cuping kaliks. Buahnya kecil dan keras. Buah matang berwarna hitam dan mempunyai rasa seperti lada. Daunnya digunakan untuk merawat kurap, bisul dan gigitan lipan. Buah yang telah masak dimakan untuk meningkatkan suhu badan, mengubati buasir, cirit-birit, sakit perut dan batuk. Akarnya pula digunakan untuk meredakan disentri, cirit-birit, malaria, demam, sakit perut, batuk dan keracunan. |
pahit table | meja layan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
Brucea amarissima | Lada pahit | Pertanian | Tiada | Tumbuhan ini dikenali sebagai lada barau, melada pahit, cerek jantan, embalau, serajatdan sisik manik. Ia adalah tumbuhan renik dalam famili Simarubaceae, tinggi hingga 10m dengan daun majmuk, 12-62 cm panjang dan 5-15 anak daun tersusun bersetentangan, ovat atau lanseolat, akuminat, kuneat dengan tepi daun dentat. Permukaan daun berbulu. Bunga merah dengan empat cuping kaliks. Buah jenis kekeras dan menggerutu. Keseluruhan pokok terutama sekali akar digunakan untuk untuk merawat disentri ameba, diarea, malaria, demam, sakit perut, batuk dan keracunan dalam. Dalam ubatan tradisional Cina pokok diguakan secara luaran untuk rawatan buasir, puru, ulser dan kanser. Daun digunakan untuk merawat bengkak limpa, scurf, kurap, bisul dan gigitan lipan. |
black comedy | komedi pahit | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang bercirikan kepahitan hidup dan digambarkan seperti komik. Komedi pahit menimbulkan unsur humor dan lucu daripada persoalan takdir manusia, kesukaran hidup dan kekejaman. |
psychic trauma | trauma psikik | Perubatan | Tiada | Trauma yang berlaku akibat pengalaman pahit yang mengakibatkan renjatan emosi. Kesan pengalaman pahit ini kekal dalam ingatan dan mungkin mencetuskan tekanan jiwa. |
Eurycoma longifolia | Tongkat ali, pasak bumi, setunjang bumi, bedara pahit | Pertanian | Tiada | Tumbuhan daripada famili Simaroubaceae, dikenali sebagai pasak bumi, setunjang bumi dan bedara pahit. Pokoknya bersaiz sederhana dan mempunyai daun majmuk pinat. Jambak bunganya terjuntai ke bawah dengan bunga kecil berwarna merah jambu dan buah berbentuk bujur (ellipsoid). Sebatian kimia utamanya ialah eurikomanon, eurikomanol dan eurikomalakton terutamanya di bahagian akar. Tumbuhan ini hidup di hutan tanah pamah hingga hutan bukit. Akarnya digunakan sebagai tonik, afrodisiak (merangsang seks), mengubati demam, mengurangkan tekanan darah tinggi, merawat sakit tulang, sakit kuning, cirit-birit, cirit berdarah, masalah penghadaman makanan, ubat cacing, ketegangan otot dan berpotensi merawat barah. Batangnya pula digunakan untuk merawat demam malaria dan kecacingan. |
dark comedy | komedi pahit | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama yang bercirikan kepahitan hidup dan digambarkan seperti komik. Drama ini mengisahkan kedukaan hidup, iaitu kehidupan yang tidak membawa sebarang harapan, seolah-olah manusia berada dalam situasi yang tiada penyelesaiannya. Sebaliknya, manuisa hanya menerima segala bentuk kepahitan dalam kehidupan. Antara tema yang dikemukakan ialah kematian, penyakit, dan peperangan. Bentuk drama ini digolongkan dalam genre teater absurd. Contoh komedi pahit ditemui dalam drama Jean Anouilh bertajuk Voyageur sans baggage (1936) dan Le Savage (1938), drama Jean Genet bertajuk Les Bonnes (1947) dan Les Negres (1959), Merchant of Venice, Measure for Measure, serta drama Shakespeare berjudul The Winter�s Tale. Ciri-ciri komedi pahit juga terdapat dalam karya fiksyen. Antara fiksyen jenis ini ialah The Trial, The Castle dan Metamorphosis yang dihasilkan oleh Franz Kafka. |
black humour | humor pahit | Kesusasteraan | Tiada | Kesan lucu dalam penulisan fiksyen dan drama. Kesan lucu ini terbit daripada keadaan hodoh, murung dan dahsyat yang berkaitan dengan suatu dunia yang mengelirukan dan menggerunkan. Dalam drama, kesan lucu ini bertujuan mengejutkan dan mengelirukan khalayak dan membuatkan mereka ketawa, terutamanya ketika menghadapi kebimbangan, kesengsaraan, dan kematian. Humor pahit merupakan elemen penting dalam teater absurd kerana matlamatnya adalah untuk menyatakan kesia-siaan dan kehampaan dalam kehidupan kontemporari. Lihat juga teater absurd, teater hitam. |