wash pipe | paip basuh | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Paip pendek yang mempunyai permukaan yang keras yang dipasang di dalam swivel dan bertindak sebagai saluran atau pengalir bendalir penggerudian melalui swivel. 2) Kadangkala digunakan juga sebagai paip pencucian. Rujuk : paip pencucian. |
blowpipe | paip peniup; penyumpit | Perubatan | Tiada | 1. Paip peniup: Obor yang menggunakan gas, oksigen atau asetilena untuk melebur logam yang digunakan untuk membuat tuangan pergigian. |
line | talian | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Paip (sebarang ukuran) panjang yang melaluinya cecair dan/atau gas mengalir. Biasanya digunakan untuk mengalirkan cecair dan/atau gas dari suatu tempat ke tempat yang lain. 2) Tali atau tambang yang diperbuat daripada serabut atau dawai. 3) Dawai elektrik yang digunakan untuk mengalirkan arus elektrik. |
lateral | lateral/sisi | Kejuruteraan | Tiada | 1. Paip dalam sistem pengagihan atau penghantaran gas, yang mencabang keluar daripada bahagian pusat sistem itu.,2. Kerja lombong yang mengufuk.,3. Saluran pengairan kecil atau betung cabang. |
washover | basuh keluar | Kimia | Tiada | 1) Kendalian yang dilakukan untuk melepaskan batang gerudi atau tetiub yang terletak di dalam lubang dengan menggunakan paip basuh. paip basuh yang digunakan mesti mempunyai garis pusat luar yang cukup kecil untuk membolehkan paip basuh masuk serta sesuai dengan garis pusat lubang gerudi dan garis pusat dalam yang cukup besar supaya boleh muat serta padan dengan garis pusat luar batang gerudi atau tetiub yang terlekat. 2) Melepaskan batang gerudi atau tetiub yang terletak di dalam lubang dengan menggunakan paip basuh. |
washover | basuh keluar | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Kendalian yang dilakukan untuk melepaskan batang gerudi atau tetiub yang terletak di dalam lubang dengan menggunakan paip basuh. paip basuh yang digunakan mesti mempunyai garis pusat luar yang cukup kecil untuk membolehkan paip basuh masuk serta sesuai dengan garis pusat lubang gerudi dan garis pusat dalam yang cukup besar supaya boleh muat serta padan dengan garis pusat luar batang gerudi atau tetiub yang terlekat. 2) Melepaskan batang gerudi atau tetiub yang terletak di dalam lubang dengan menggunakan paip basuh. |
looping | penggelungan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Memasang talian paip selari dengan talian paip yang satu lagi, atau sebahagiannya, untuk meningkatkan kemuatannya.,2. Pengulangan suruhan pada kelajuan-kelajuan lengah sehingga nilai akhir ditentukan. |
stand | dirian paip | Kejuruteraan | Tiada | 1. Tempat letak: Sebarang tempat untuk mendirikan CPU. 2. Dirian paip: Sambungan tiga batang paip gerudi yang disusun pada derik. |
joint | sambungan | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Bahagian yang bergigi/berbenang di hujung paip yang menjadi tempat bercantumnya dua batang paip. 2) Ruas batang paip. |
water hammer | tukul air | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1) Fenomena yang menghasilkan bunyi ketukan di dalam injap paip air atau kepala paip apabila dibuka dengan tiba-tiba. Keadaan ini berlaku kerana tekanan tinggi yang menumpu pada bahagian injap tersebut dan susunan atau pemasangan paip yang tidak sesuai diameternya. Kesan fenomena ini boleh menyebabkan gegaran dan kerosakan pada talian paip ai 2) Fenomena yang berlaku apabila beban berubah secara tiba-tiba pada turbin-hidraulik. Perubahan ini menghasilkan bunyi ketukan yang bising serta gegaran yang kuat sehingga boleh merosakkan turbin dan sistem perpaipan. |