multimedia kit | pakej multimedia | Pendidikan | Tiada | Pakej pembelajaran yang mengandungi bahan dalam pelbagai media tentang tajuk atau mata pelajaran tertentu dan bersepadu. |
application package | pakej aplikasi | Pertanian | Agroteknologi | Pakej perisian komputer yang direka khas untuk sesuatu kegunaan dalam aktiviti pertanian. Contohnya, perisian DRIS (Diagnosis and Recommendation Integrated System) yang digunakan untuk pengurusan nutrien tanaman di sesuatu kawasan dan perisian GIS (Geographical Information System) untuk menguruskan data pemetaan kawasan. |
software package | pakej perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | 1. Perisian yang dikumpulkan dalam format arkib tertentu yang mempunyai sambungan fail seperti zip, rar dan tar untuk dimuat turun dan seterusnya dipasang oleh pengguna dengan menggunakan pemasang perisian. 2. Dalam pengaturcaraan Java, sekumpulan kelas yang berkaitan dalam sesebuah atur cara dikenali sebagai pakej perisian. Contohnya, pakej Java.io yang mengandungi sekumpulan kelas atur cara Java untuk menguruskan input dan output data. |
tour package | pakej melancong | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pakej bagi pelancongan yang termasuk kemudahan percutian seperti pengangkutan, penginapan dan persiaran. |
all expense tour | pakej biaya penuh | Pelancongan | Tiada | Pakej pelancongan yang menawarkan harga termasuk perkhidmatan yang dibayar dahulu dan pelanggan tidak dikehendaki membayar apa-apa bayaran lagi. |
MCP (multichip package) | MCP (pakej multicip) | Teknologi Maklumat | Tiada | Pakej cip yang mengandungi dua atau lebih cip. Pada asasnya ia ialah MCM. |
DIP (dual inline package) | DIP (pakej dua sebaris) | Teknologi Maklumat | Tiada | Piawai untuk pakej litar sepadu yang mengandungi dua baris selari pin arah ke bawah. |
adware | perisian iklan | Teknologi Maklumat | Perisian | Pakej perisian yang mempunyai ciri sokongan pengiklanan. Apabila pakej ini dipasangkan atau digunakan, iklan secara automatik akan terpapar atau diminta untuk dimuat turun. Terdapat jenis perisian iklan yang dikenali sebagai perisian intip dan diklasifikasikan sebagai perisian langgar privasi. Lihat juga perisian intip. |
package insert | selitan pakej | Komunikasi | Korporat | Iklan yang diwujudkan secara khusus dalam bentuk kepingan atau helaian yang disertakan dalam sesuatu pakej barangan yang dijual, seperti menyelitkan helaian iklan barangan atau perkhidmatan dalam lipatan akhbar atau majalah. Iklan barangan ini boleh dihasilkan dalam bentuk buku kecil, risalah, kad, atau barangan promosi seperti resipi masakan, kupon diskaun dan panduan keselamatan pengguna yang ditaja atau dihasilkan oleh syarikat yang mengiklankan barangan berkaitan. Kaedah ini boleh bersifat tempatan, nasional, atau antarabangsa. Kadar bayaran perkhidmatan ini bergantung pada keluasan dan peringkat liputan edaran sesuatu penerbitan. Fungsi iklan jenis ini adalah untuk mengurangkan kos pengedaran di samping meluaskan kawasan liputan dan meningkatkan keberkesanan mesej. |
adware | perisian iklan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Pakej perisian yang mempunyai ciri sokongan pengiklanan. Apabila pakej ini dipasangkan atau digunakan, iklan secara automatik akan terpapar atau diminta untuk dimuat turun. Terdapat jenis perisian iklan yang dikenali sebagai perisian intip dan diklasifikasikan sebagai perisian langgar privasi. Lihat juga perisian intip. |