1-1 heat exchanger | penukar haba 1?1 | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukar haba jenis satu laluan yang membenarkan laluan bendalir hanya sekali di dalam bahagian kelompang dan tiub. Dengan ini, hanya terdapat satu kelompang yang menjadi bekas bagi kesemua tiub. Penukar haba ini merupakan penukar haba yang paling ringkas tetapi jarang-jarang digunakan dalam amalan industri kerana halaju bendalir terlalu rendah, kadar pemindahan haba yang tidak cekap, dan tiub yang panjang diperlukan untuk mencapai pemanasan atau penyejukan yang diperlukan. Penukar haba ini juga mengalami masalah pengembangan aliran bendalir yang mengakibatkan kejatuhan tekanan yang tinggi. |
iodine | iodida | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, simbol I, nombor atom 53, berat atom 126.905, nombor pengoksidaan –1, +1, +3, +5 dan +7, takat lebur 113.5oC, takat didih 184oC, wujud dalam bentuk granul, relap, berwarna kelabu, ahli kumpulan halogen yang paling tidak reaktif, bersifat semikonduktor, mudah terpejalwap, larut di dalam pelarut tak berkutub seperti alkohol, karbon disulfida, kloroform, eter, karbon tetraklorida, gliserol dan larutan iodida beralkali, dan larut sedikit di dalam air. iodin mempunyai banyak isotop radioaktif buatan. unsur ini diperoleh daripada air garam. iodin digunakan untuk pembuatan iodida dan iodat, dan sebagai pewarna, mangkin, sabun, bahan uji dan ubat. |
Alpha Centauri | Alpha Centauri | Matematik | Tiada | 1. Bintang ganda, yang paling cerah di buruj Centaurus, iaitu bintang tercerah yang paling hampir dengan bumi selain matahari, dan jauhnya kira-kira 4.3 tahun cahaya. 2. Bintang tetiga magnitud pertama dalam buruj Centaulus, yang terhampir dengan matahari. Rigil Kent. |
liquidus | likuidus | Kejuruteraan | Tiada | 1. Suhu paling rendah apabila sesuatu logam atau aloi adalah cecair sepenuhnya.,2. Lengkung, biasanya pada graf yang menghubungkan suhu dengan komposisi campuran, yang di sebelah atasnya hanya fasa cecair dapat wujud. |
فيه نظر | fīhi naẓar | Agama Islam | Hadith | 1. Lafaz tajrih yang paling tinggi darjatnya. 2. Lafaz tajrih yang paling rendah darjatnya menurut Imam Bukhariy. |
boundary | sempadan | Undang-undang | Tiada | 1. Had paling hujung bagi tanah dengan mana tanah itu boleh diketahui atau dipastikan.,2. Garisan had atau batasan, yang menunjukkan had atau batasan sesuatu.Contohnya: sempadan negeri. |
raster scan | imbas raster | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kaedah paling asas menyapu tiub sinar katod, satu baris setiap kali, untuk menjana imej paparan.,2. Sapuan baris demi baris di seluruh permukaan paparan untuk menjana unsur-unsur imej paparan. |
Malpighian layer | lapisan Malphighi | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Lapisan paling dalam pada sel epiderma yang mengalami mitosis dan kadang-kadang mengandungi melamin. stratum germinatium. 2. Lapisan yang terdiri daripada stratum geerminativum dan lapisan yang di atasnya (stratum spinosum). Sel lapisan ini mengandungi filamen keratin. rete Malpighi; rete mukosum. |
degree | darjah | Matematik | Tiada | 1. Unit ukuran sudut yang bersamaan dengan 1/90 sudut tegak. 1 sudut tegak = 90 darjah yang juga ditulis 90o, 2. Unit ukuran suhu. 3. Kuasa bagi sesuatu anu yang paling tinggi dalam polinomial. |
Cygnus X-1 | Cygnus X-1 | Matematik | Tiada | Punca sinar-X galaksi yang amat kuat yang disifatkan sebagai keterangan cerapan yang paling baik untuk membuktikan kewujudan lubang hitam dalam jasad bintang. |