Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paling awal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
primordialprimordialSejarahTiada2. Yang paling awal atau yang pertama sekali terbentuk.
basic procedureprosedur asasLandskapTiadaTatacara paling awal dalam perancangan reka bentuk atau pelaksanaan kerja binaan.
pollendebungaSejarahTiada1. Sesuatu yang menjadi asas atau kejadian yang paling awal dalam pertumbuhan sesuatu gerakan atau fahaman.
primordiumprimordiumHerbaBotani dan BioteknologiSatu organ atau siri sel pada peringkat paling awal pembezaan, seperti primordium daun di hujung batang.
movement timemasa pergerakanSains SukanBiomekanikTempoh masa di antara permulaan pergerakan yang paling awal sehingga tamat penghasilan keseluruhan pergerakan.
early adopterpengamal awalPendidikanTiadaKelompok sasaran dalam sistem sosial yang paling awal mencuba dan menilai sesuatu inovasi untuk disampaikan kepada anggota lain.
secondary burial jarperkuburan tajau sekunderArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPenguburan kali kedua yang menggunakan tempayan tanah. Perkuburan tajau sekunder paling awal di Asia Tenggara ialah di Gua Niah (Sarawak) yang berusia sekitar 2000 SM. Tempayan tanah ini digunakan untuk tujuan pembakaran rangka mayat. Pada waktu yang sama terdapat juga lebih daripada seorang individu dikuburkan secara bersama-sama, tetapi ini jarang berlaku. Bekal pengebumian yang kerap ditemui pada perkuburan tajau sekunder ini ialah tembikar tanah dwimuncung, dipercayai digunakan untuk tujuan ritual semasa penguburan. Ketika Zaman Logam dan seterusnya, pembakaran mayat tidak dilakukan lagi, tetapi tempayan tanah diisi dengan tulang manusia sahaja. Bekal pengebumian yang kerap ditemui terdiri daripada beliung batu, objek logam, gangsa, pisau besi dan manik kaca. Perkembangan penguburan ini berakhir sekitar 1000 tahun di Sabah sementara di Sarawak sekitar zaman sejarah kerana pernah ditemui tempayan tembikar batu China yang menggantikan tempayan tanah tempatan. Antara tapak penemuan di Bukit Tengkorak, Pusu L
Doric ordersusunan DorikKesenianHiasan DalamanSusunan tiang yang dibentuk dalam seni bina klasik Greek. Susunan Dorik merupakan bentuk susunan yang paling awal dan termudah dalam siri susunan tiang klasik. Pada asalnya, tiang Dorik terdiri daripada tiang yang mempunyai batang yang besar pada bahagian bawah dan ditegakkan di atas permukaan lantai kuil tanpa menggunakan tapak. Terdapat juga susunan yang terdiri daripada batang yang mempunyai 20 alur menegak. Tiang Dorik mempunyai kepala tiang yang mudah sebagai penyokong kepada abakus dan rasuk di entablatur. Contohnya, tiang Dorik yang terawal terdapat di kuil di daerah Magna Graecia, Selatan Itali.
Galilean satellites of Jupitersatelit Musytari GalileoMatematikTiadaEmpat daripada dua belas satelit Musytari yang paling besar dan paling cerah yang dicerap oleh Galileo pada awal 1610, iaitu IO, Europa, Ganymede dan Callisto, tetapi sering dirujuk mengikut bilangan 1 hingga 4 dengan berdasarkan jarak masing-masing dari planet.
armisticearmistisSains PolitikHubungan AntarabangsaPersetujuan awal penamatan perang yang paling berkesan, iaitu apabila kedua-dua pihak yang bertelagah bersetuju untuk menghentikan peperangan sementara menanti penyelesaian damai. Persetujuan tersebut bukan merupakan perjanjian damai, dan tidak bermakna secara sah menamatkan perang tetapi membuka jalan bagi persetujuan damai. Persetujuan ini biasanya dilakukan dengan persetujuan dua hala. Kadangkala dalam keadaan perjanjian damai hampir mustahil untuk diwujudkan, gencatan senjata boleh merintis perdamaian. Contohnya, dalam kes hubungan antara Israel dengan negara- negara Arab, rundingan damai menjadi de facto kepada status quo tersebut. Perkara ini berlaku pada tahun 1949 apabila perjanjian gencatan senjata antara negara Arab dengan Israel dimeterai sehingga membawa kepada perjanjian damai Camp David. Sinonim perjanjian gencatan senjata.
12

Kembali ke atas