Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangat marah (benci); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sangat marah atau sangat benci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panas (adjektif)
1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku,
Berantonim dengan sejuk

2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak,
Berantonim dengan kebah

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang,
Berantonim dengan redup

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,

5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,

6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,

Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas,

Puisi
 

Sapa-sapa di tepi mahligai,
     Urat nanas jadikan ijuk;
Ilmu apa adik pakai,
     Hati yang panas menjadi sejuk.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bembam bukan terung.

Bermaksud :

Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. (Biasa juga: Nak bembam bukan terung). bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
relapsing feverdemam berulangBiologiMikrobiologiDemam yang disebabkan oleh beberapa spesies riketsia genus Borrelia, yang disebarkan melalui gigitan kutu. Gejala utamanya ialah demam panas berselang-seli dengan keadaan yang sihat dalam tempoh seminggu, dan hati dan limfa bengkak.
dinitrophenol poisoningkeracunan dinitrofenolKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada dinitrofenol, iaitu sebatian yang digunakan sebagai insektisid dan herbisid. Dos parah akut adalah lebih kurang 1 g dan had pendedahan kepada bahan ini ialah 0.2 mg/m3. Tanda utama keracunan ialah demam. Keracunan akut terjadi disebabkan sentuhan pada kulit, pengingesan atau penyedutan. Gejalanya termasuk demam panas, kelesuan, dahaga, loya dan muntah, peluh berlebihan, dan sukar bemafas. Gejala ini seterusnya berkembang menjadi anoksia berserta sianosis dan lividiti, akhirya terketar-ketar otot dan koma. Oliguria, hematuria, dan demam kuning mungkin terjadi akibat kerosakan buah pinggang dan hati.

Kembali ke atas