Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.nau] | ڤاناو

Definisi : sj penyakit kulit yg berupa bintik-bintik, (tompok-tompok) putih (kadang-kadang gatal); jenis-jenisnya: ~ besi, ~ bunga, ~ lekir, ~ meng-harung, ~ terkukur, dll; berpanau berpenyakit panau: di sana ini lengannya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.nau] | ڤاناو

Definisi : penyakit kulit yg berbelak-belak putih dan biasanya mendatangkan rasa gatal apabila berpeluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panau

Puisi
 

Orang berperang dalam negeri,
     Negeri bernama Inderagiri;
Mandi berlimau panau berseri,
     Hendak memikat tuan puteri.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tinea versicolorpanauBiologiMikologiPenyakit pada kulit manusia atau haiwan yang disebabkan oleh kulat Malazzeria furfur dan Pityrosporum orbiculare. Penyakit ini ditunjukkan oleh gejala berupa belur atau bengkak bulat pada kulit. tinea versikolor.
tinea versicolortinea versikolorPerubatanTiadaPanau. Sin: pitiriasis versikolor
tinea versicolortinea versikolorBiologiMikologilih. panau.
Piper sarmentosumkadukHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba dalam famili Piperaceae yang dikenali juga sebagai sirih duduk atau kaduk batu. Tumbuhan ini hidup liar di tempat teduh dan lembap seperti di bawah pokok lain. Tingginya mencapai 60 cm, daunnya nipis berwarna hijau tua, berkilat, bentuknya bujur seperti jantung, dan beraroma kuat. Bunganya kecil tersusun padat pada jambak spika yang pendek dan berwarna putih. Buahnya sangat kecil. Air rebusan daun digunakan untuk mengubati lemah tulang. Daunnya yang ditumbuk lumat dibuat pupuk untuk mengubati sakit kepala dan panau. Daunnya yang telah dilayur ditampal di dada untuk mengubati sakit dada. Daunnya boleh dikunyah untuk melegakan sakit tekak. Akarnya boleh dikunyah bersama-sama pinang untuk melegakan lelah dan batuk yang berpanjangan. Akarnya yang dikunyah bersama-sama halia pula boleh melegakan sakit gigi. Pucuknya beraroma dan boleh dibuat ulam dan sayur.
Chromolaena odoratapokok kapal terbangHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Asteraceae dan dikenali juga sebagai rumput Jerman dan malayalam. Tumbuhan ini tumbuh dengan mudah di kawasan terdedah dan tanah terbiar. Batangnya berkayu dan berbulu halus. Daunnya tersusun bersetentang, tepi daun bergerigi dentat dan berbulu. Bunganya terdapat di celah-celah daun dan hujung ranting, dan berwarna putih kebiru-biruan. Buahnya jenis aken berbulu putih dan halus. Daun yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk mengubati luka, panau, kurap dan demam.
Clerodendron fragranssetumpukHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek yang tumbuh tegak dalam famili Verbenaceae dan dikenali juga sebagai rompok, melur hutan atau melur jawa. Pokok ini tumbuh liar di belukar atau kebun terutama di kawasan redup dan berpasir. Daunnya berbentuk seperti jantung dan berwarna hijau tua dan tepi daunnya bergerigi. Bunganya keluar dari hujung batang dan tersusun padat pada jambak yang bertangkai pendek, warnanya putih keungu-unguan. Kelopak bunga berbentuk bulat dan tersusun berlapis-lapis serta baunya harum. Air rendaman pokok ini boleh dibuat mandian berubat untuk merawat penyakit reumatik. Air rebusan ini juga dibuat mandian herba untuk ibu yang baru bersalin. Daun yang ditumbuk lumat bersama-sama kapur disapukan pada kulit untuk mengubati panau. Tumbuhan ini juga dibuat ubat demam malaria. Daun yang telah dihancurkan disapukan pada leher untuk mengubati batuk. Setumpuk mempunyai bunga yang harum dan cantik, dan sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan.

Kembali ke atas