[pan.ca.ro.ba] | ڤنچاروبا
Definisi : 1. pertukaran atau peralihan musim (cuaca kadang-kadang baik, kadang-kadang buruk, dll); angin ~ angin yg berubah-ubah (tiada tetap arahnya); musim ~ musim antara musim kemarau dan musim hujan; 2. ki keadaan yg kacau (tidak tentu arah): bagaimana mereka itu akan hidup dlm dunia yg sekarang penuh dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pan.ca.ro.ba] | ڤنچاروبا
Definisi : keadaan yg tidak menentu (kacau dll): Beliau banyak menghadapi halangan dan ~ dlm menjalankan tugasnya. masa ~ masa yg dilalui oleh anak muda belasan tahun apabila jiwanya tidak tenteram. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)