binocular vision | pandangan binokuar | Fizik | Optik | Pandangan yang menggunakan dua mata. Otak membentuk pandangan tiga dimensi yang tunggal daripada dua imej yang terpisah. Pandangan ini memberikan maklumat yang lebih tentang jarak dan bentuk jika dibandingkan dengan pandangan monokular. |
bird's eye view | pandangan atas | Landskap | Tiada | Pandangan dari udara seperti pandangan yang dilihat dari kapal terbang. Lakaran dari sudut ini boleh membantu orang ramai memahami pelan landskap dengan lebih mudah. |
elevation | tampak | Kesenian | Seni Bina | Pandangan bangunan yang dilihat dari satu kedudukan tertentu. Pandangan ini ialah pandangan yang biasa digunakan untuk menggambarkan penampilan luar sesebuah bangunan. Ia juga menjelaskan bahan dan penyelesaian menyeluruh yang digunakan pada sesebuah bangunan, di samping menjelaskan ukuran bangunan dibandingkan dengan bangunan atau konteks sekelilingnya. Tampak terbahagi kepada beberapa kategori seperti tampak hadapan, tampak sisi dan tampak belakang, biasanya merujuk kepada arah petunjuk kompas. |
projection line | garis unjuran | Kesenian | Tiada | Garis mendatar atau menegak yang diunjurkan daripada satu pandangan kepada pandangan yang lain dalam lukisan unjuran ortografi. |
point of view | sudut pandangan | Kesusasteraan | Tiada | Cara seseorang pengarang menyampaikan cerita dalam karya yang dihasilkannya. Seseorang pengarang akan menentukan cara sesuatu idea, perwatakan, latar atau aksi yang terdapat dalam cerita untuk disampaikan kepada pembaca. Terdapat dua sudut pandangan yang utama, iaitu sudut pandangan pencerita pertama dan sudut pandangan pencerita ketiga. Dalam sudut pandangan pencerita pertama, pengarang terlibat sebagai salah seorang watak dalam cerita dengan menggunakan ganti nama diri �aku�. Sudut pandangan pencerita ketiga pula memperlihatkan kedudukan pengarang yang berada di luar cerita dan bertindak selaku pemerhati serba tahu terhadap keseluruhan perjalanan cerita tersebut. Lihat juga serba tahu terbatas, sudut pandangan serba tahu. |
bird's eye view | tinjauan umum; pandangan dari udara; pandangan burung | Kesenian | Tiada | 2. Gambaran sesuatu dari sudut atas. |
hyperscopic view | pandangan hiperskopik | Kejuruteraan | Tiada | Pandangan stereoskopik yang menyebabkan dimensi dalam arah pandangan kelihatan lebih besar. |
dissenting opinions | pendapat bertentangan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pandangan daripada hakim yang berbeza dengan pandangan pihak majoriti dalam sesuatu kes penghakiman. Pandangan ini mempunyai kedudukan yang khusus dalam penyelesaian pertikaian undang-undang antarabangsa, sama ada melalui mahkamah atau timbang tara. Dalam konteks mahkamah antarabangsa terutamanya Mahkamah Keadilan Antarabangsa, pendapat bertentangan boleh menyumbang kepada perkembangan undang-undang antarabangsa. Pendapat ini pernah digunakan oleh hakim sebagai satu platform bagi menghasilkan pandangan yang lebih berani dalam situasi yang tidak mempunyai hukum perundangan yang tetap. Contohnya, pendapat bertentangan oleh Hakim Weeramantry, seorang hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam kes Lockerbie. Dalam kes berkenaan, beliau menyatakan bahawa Mahkamah Keadilan Antarabangsa boleh menyemak semula keputusan Majlis Keselamatan PBB walaupun keputusan tersebut merupakan satu pandangan eksekutif atau politik yang dibuat oleh salah satu cabang utama PBB. |
hyposcopic view | pandangan hiposkopik | Kejuruteraan | Tiada | Pandangan stereoskopik yang menghasilkan pengecilan dimensi dalam arah pandangan. |
viewshed | Iingkungan pandangan | Landskap | Tiada | Sudut bukaan atau lebar pandangan yang terdapat di sesuatu kawasan. Contohnya, sudut bukaan pandangan di puncak bukit lebih luas daripada kawasan lembah. |