Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pandangannya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unsightedpenglihatan terhalangSukanTiada2. Penglihatan terhalang: keadaan tertentu yang menyebabkan pemukul atau pemadang terhalang pandangannya.
inattentional blindnessrabun kurang tumpuanPsikologiPsikologi UmumKegagalan individu untuk melihat sesuatu objek kerana lapangan pandangannya telah disempitkan. Simon dan Chabris (1999) dalam kajian mereka yang menggunakan tayangan filem tentang permainan bola keranjang, penonton disuruh menumpukan perhatian kepada skor satu kumpulan sahaja. Pada masa yang sama �gorila buatan� memasuki tengah gelanggang permainan. Apabila ditanya kepada penonton sama ada menyedari kehadiran gorila tersebut, ramai yang menyatakan tidak. Rabun sedemikian dikatakan berpunca daripada kurangnya tumpuan kepada rangsangan lain berbanding perkara yang ditumpukan. Oleh itu, individu dilarang menjawab telefon bimbit semasa memandu kerana tindakan itu boleh merabunkannya terhadap kereta lain atau selekoh yang berada di hadapannya.
passive matrixmatriks pasifTeknologi MaklumatTiadaTeknologi LCD yang biasa iaitu menggunakan molekul kristal cecair. Paparan yang menggunakan teknologi ini kurang jelas dan sudut pandangannya lebih kecil. Teknologi ini telah digantikan dengan teknologi matriks aktif. Lihat matriks aktif.
passive matrixmatriks pasifTeknologi MaklumatTiadaTeknologi LCD yang biasa iaitu menggunakan molekul kristal cecair. Paparan yang menggunakan teknologi ini kurang jelas dan sudut pandangannya lebih kecil. Teknologi ini telah digantikan dengan teknologi matriks aktif. Lihat matriks aktif
passive matrixmatriks pasifTeknologi MaklumatTiadaTeknologi LCD yang biasa iaitu menggunakan molekul kristal cecair. Paparan yang menggunakan teknologi ini kurang jelas dan sudut pandangannya lebih kecil. Teknologi ini telah digantikan dengan teknologi matriks aktif. Lihat matriks aktif.
active matrixmatriks aktifTeknologi MaklumatTiadaTeknologi LCD yang menggunakan transistor filem nipis (TFT) pada setiap piksel. Dengan ini paparan menjadi lebih jelas dan sudut pandangannya lebih besar dibandingkan dengan paparan matriks pasif. Juga dikenali sebagai skrin TFT. Teknologi ini digunakan untuk paparan panel rata seperti komputer riba dan TV rata. Lihat transistor filem nipis. Banding matriks pasif.
dialogismdialogimeKesusasteraanTiadaKeadaan dalam novel yang memerihalkan kewujudan suara yang mencabar kuasa dominan, dan menentang pandangan penulis sendiri. Keadaan ini timbul apabila penulis seolah-olah enggan menguasai atau menyatukan pelbagai sudut pandangannya sendiri. Teknik yang membenarkan kehadiran pelbagai suara ini akan mengizinkan watak, seolah-olah bebas bersuara, dan hasilnya akan tercetus pelbagai pendapat dan suara (polifoni) dalam novel tersebut. Keadaan dialogik ini berbeza dengan keadaan monologik, iaitu suara dan sudut pandangan penulis menjadi dominan, dan watak dalam cerita berperanan semata-mata sebagai saluran pendapat penciptanya. Dialogisme dicipta oleh pengkritik Russia, M.M. bakhtin (1895 � 1975). Lihat juga polifoni.
hacktivistahli godamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerIndividu yang menggunakan teknik penggodaman untuk menyerang suatu sistem komputer sasaran sebagai tindak balas kepada sesuatu keadaan semasa, seperti keadaan politik atau masyarakat dan media massa terhadap pandangannya berkenaan keadaan atau kejadian tersebut.
marginalizationketerpinggiranSains PolitikPolitik PerbandinganProses menjadikan seseorang, organisasi atau sesuatu kelompok itu semakin tidak penting, tidak diperhatikan atau dipedulikan. Melalui proses ini, kedudukan seseorang dalam masyarakat mula tidak signifikan dan tidak mempunyai sebarang kuasa atau pengaruh. Pandangannya tidak diberi perhatian dan segala tuntutan atau kepentingannya mula diabaikan. Keterpinggiran ini lazimnya berlaku apabila individu atau kelompok itu sudah begitu lama bergerak dan tidak penting atau kerana sesuatu kesilapan yang pernah dilakukannya. la juga boleh dilakukan secara sengaja oleh pihak yang berkuasa untuk melemahkan kedudukan dan pengaruhnya. Contohnya, keterpinggiran yang dialami oleh pemimpin parti yang menghadapi dakwaan mahkamah. Pemimpin ini tidak lagi diberi perhatian oleh ahli dan pemimpin parti. Sinonim pemarginalan.
power brokerbroker kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu yang berupaya rnempengaruhi keputusan politik atau pilihan raya dalam sesuatu kawasan melalui penguasaannya terhadap orang lain. Broker ini merupakan individu yang terkenal atau mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat. Pandangannya mudah diikuti oleh orang lain dan seterusnya boleh menentukan agihan kuasa politik dalam kawasannya. Calon yang bertanding dalam pilihan raya atau parti politik akan mengharapkan bantuan broker politik untuk rnemastikan kemenangan mereka. Contohnya, broker politik di Itali yang mempunyai hubungan dengan kumpulan Mafia.
12

Kembali ke atas