sensory panel | panel deria | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Kumpulan orang yang menilai makanan untuk ciri-ciri deria seperti rasa, bau, tekstur, dan rupa. Contohnya, panel pengguna, panel makmal dan panel pakar. |
muntin | kayu bingkai | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kayu kecil yang dipasang tegak atau mengufuk di antara panel-panel kaca tingkap yang lebih kecil ukurannya. |
access flooring | kemasan lantai laluan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kemasan lantai yang ditinggikan daripada keadaan biasa serta mengandungi panel-panel kecil yang dapat menempatkan segala pendawaian dan saluran perkhidmatan di bawahnya. |
rack mounting | cagak rak | Kejuruteraan | Tiada | Penggunaan rak piawai, yang sama dimensinya kecuali berbeza-beza ketinggiannya, untuk menempatkan panel-panel yang mempunyai radas, dengan pendawaian yang seragam. |
kneeler | batu lututan | Kejuruteraan | Tiada | Batu dalam atau rasuk konkrit bertetulang yang dibenam ke tebing, dan membentuk sempadan bagi panel-panel menganggu yang ditempatkan di tebing untuk mengelakkan kerukan. |
decorative panel | panel hias | Kesenian | Tiada | 1. Panel untuk menambah nilai hiasan sesuatu permukaan.,2. Panel yang mempunyai hiasan pada permukaannya. |
fielded panel | panel timbul | Kesenian | Seni Bina | Panel yang mempunyai bahagian tengah lebih tebal daripada bahagian tepinya, atau unjuran atas bingkai sekitarnya. Panel jenis ini biasanya diaplikasikan pada daun pintu atau tingkap bagi menghasilkan corak hiasan yang lebih menarik. |
facia panel | panel facia | Kesenian | Tiada | Panel yang mempamerkan maklumat penting tentang sesebuah pesawat. |
side panel | panel tepi | Kesenian | Tiada | Panel yang digunakan dalam kerja penepian. |
raised panel | panel timbul | Kesenian | Tiada | Panel yang mempunyai permukaan yang timbul. |