chymotrypsin | kimotripsin | Veterinar | Praklinikal | Endopeptidase yang dihasilkan melalui pengaktifan kimotripsinogen yang dirembeskan oleh pankreas. Kimotripsin dibawa dalam bendalir pankreas melalui duktus pankreas hingga ke usus. Dalam usus; kimotripsin memangkin hidrolisis ikatan peptida yang melibatkan L-isomer tirosina; fenilalanina dan triptofan. Kimotripsin juga bertindak balas terhadap amida dan beberapa ester asid amino. |
secretin test | ujian sekretin | Perubatan | Tiada | Ujian untuk mengesan fungsi pankreas dengan memeriksa rembesan pankreas yang dihasilkan melalui suntikan sekretin secara intravena. |
pancreatic juice | lelehan pankreas | Kimia | Biokimia | Cecair rembesan pankreas yang mengandungi enzim proterolisis dalam bentuk zimase, nuklease, karbohidrase dan lipase. |
annular pancreas | pankreas anulus | Perubatan | Tiada | Ketaknormalan kongenital dengan suatu tisu pankreas mengelilingi, sebahagian atau sepenuhnya, bahagian kedua duodenum. |
pancreatic juice | jus pankreas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Lelehan atau jus yang dikeluarkan oleh kelenjar pankreas, yang memainkan peranan penting dalam penghadaman makanan. |
pancreas | pankreas | Veterinar | Tiada | Kelenjar yang terdapat dalam sistem pencernaan haiwan. Kelenjar ini berbentuk leper dan terletak berhampiran perut dan mengeluarkan cairan yang dirembeskan ke dalam usus kecil melalui duktus pankreas. Kelenjar ini merembeskan enzim pencernaan seperti amilase, lipase dan tripsin serta hormon seperti insulin dan glukagon yang mengawal metabolisme glukosa. |
pancreatin | pankreatin | Perubatan | Tiada | Ekstrak pankreas haiwan yang mengandungi enzim pencernaan, terutamanya amilase, protease dan lipase. Ekstrak ini digunakan untuk membantu pencernaan dalam keadaan ketakcekapan pankreas. |
pancreatitis | pankreatitis | Perubatan | Tiada | Inflamasi akut atau kronik pada pankreas yang mungkin bergejala atau tidak bergejala dan mungkin disebabkan oleh pengautocernaan tisu pankreas. Keadaan ini selalunya diakibatkan oleh alkoholisme atau penyakit salur hempedu; kadang-kadang pula dikaitkan dengan keadaan seperti hiperlipemia, hiperparatiroidisme dan trauma abdomen. |
islet of Langerhans | kelompok Langerhans | Biologi | Fisiologi | 1. Jasad sfera atau bujur yang terserak di seluruh pankreas. Berfungsi dalam metabolisme gula di dalam badan. 2. Sel-sel di dalam pankreas yang menghasilkan hormon. |
pancreas | pankreas | Perubatan | Tiada | Kelenjar besar yang memanjang dan terletak melintang di belakang gaster, di antara limpa dengan duodenum. Kelenjar ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kepala yang merupakan bahagian terbesar dan mengarah ke bawah, badan, iaitu bahagian tengah, dan ekor, iaitu bahagian yang melintang dan berakhir berdekatan dengan limpa. Kelenjar ini menjalankan fungsi endokrin dan eksokrin. Rembesan eksokrinnya terdiri daripada jus pankreas yang mengandungi berbagai-bagai enzim pencernaan; rembesan ini dirembeskan ke dalam duodenum. Rembesan endokrinnya terdiri daripada hormon insulin dan glukagon yang dirembeskan terus ke dalam darah; insulin dirembeskan oleh sel b, manakala glukagon pula dirembeskan oleh sel c. Kedua-dua hormon ini terlibat dalam pengawalaturan metabolisme karbohidrat. |