col' ottava | col' ottava | Muzik | Tiada | Arahan kepada pemain papan nada supaya not asal digandakan satu oktaf lebih tinggi. |
rock | rock | Muzik | Tiada | Muzik popular yang diiringi alat muzik seperti dram, papan nada dan gitar elektrik, iaitu gitar yang memainkan melodi, rentak dan bes. Muzik rock bermeter 4/4, terdiri daripada 32 bar dalam bentuk ABA atau variasi lain. Muzik ini memberi penekanan pada bit dua dan empat. |
mutandi e deti | mutandi e deti | Muzik | Tiada | Arahan kepada pemuzik untuk menggunakan jari yang berbeza pada not, terutamanya untuk papan nada. |
sotto | sotto | Muzik | Tiada | Arahan kepada pemain papan nada untuk pindah silang tangan ke bawah semasa bermain. Sotto bertentangan dengan sopra. Dalam bahasa Itali sotto bermakna bawah. Sinonim sous. |
enlevez | enlevez | Muzik | Tiada | Arahan kepada pemuzik supaya melepaskan pedal untuk papan nada atau menanggalkan peredam bunyi untuk alat muzik tiupan. Contohnya. enlevez la pedale yang bermaksud melepaskan pedal. |
accordion | akordion | Muzik | Tiada | Alat muzik Barat yang diklasifikasikan sebagai aerofon dengan pelidah tanpa kawalan. Badan alat muzik ini berbentuk korak, mempunyai papan nada kecil dan belos. Apabila belos digerakkan, udara akan melalui pelidah yang terdapat dl dalam kotak alat tersebut. Alat tnuzik ini dimainkan dalam ensembel muzik asli, joget dan ronggeng di Malaysia. |
corda | corda | Muzik | Tiada | Corda merujuk kepada tali alat papan nada atau alat bertali. Contohnya, pincer la corde yang memberi arahan supaya memetik tali sesuatu alat talian. |
glissando | glissando | Muzik | Tiada | Kaedah memainkan skel secara menaik dan menurun dengan lancar. Pada skor muzik, glissando biasanya ditulis dengan notasi yang kecil. Dari aspek teknik persembahan, glissando merujuk kepada keratan muzik bercorak skel yang dimainkan dengan cepat. Glissando boleh dimainkan pada papan nada, alat hap dan alat bertali. Bahagian ibu jari digelincirkan merentasi kekunci putih pada papan nada. Sementara alat muzik hap pula, jari digelongsorkan ke atas tali. Untuk alat muzik bertali glissando digesek secara lancar. Sinonim gliss. |
col' ottava bassa | col' ottava bassa | Muzik | Tiada | Arahan kepada pemain papan nada supaya not asal digandakan satu oktaf lebih rendah. |
dangdut | dangdut | Muzik | Tiada | Muzik popular di Indonesia yang dipengaruhi muzik pop Hindustani. Istilah dangdut merujuk kepada bunyi pukulan gendang pada bit keempat, iaitu dang dan pukulan pada bit pertama, iaitu dut. Di Malaysia, dangdut menggabungkan alat muzik India seperti tabla dan sitar dengan alat muzik Barat seperti gitar dan papan nada. Dangdut Malaysia berentak inang dengan gaya nyanyian pop Hindustani. |