digital display | paparan digital | Komputer | Tiada | 1. Paparan yang menggunakan nombor untuk mempamerkan sesuatu nilai. Paparan ini berlawanan dengan paparan analog yang menggunakan pembahagian skala atau penunjuk lain. 2. Paparan yang dapat mempamerkan data atau gambar melalui kaedah pemprosesan isyarat digital. |
display mode | mod paparan | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi paparan video untuk skrin paparan komputer. Mod ini memerihalkan resolusi, bilangan warna dan kedalaman paparan. Mod ini dikawal sama ada menggunakan kad grafik tertentu atau perisian. Contoh kad grafik ialah Penyesuai Grafik Warna (CGA), Penyesuai Grafik Dipertingkat (EGA), Tatasusunan Grafik Video (VGA), Tatasusunan Grafik Diperluas (XGA) dan Tatasusunan Grafik Video Super (SVGA). CGA, VGA, EGA, dan XGA telah tidak digunakan lagi. |

display icon | arca paparan | Komputer | Tiada | Arca yang digunakan untuk mewakili paparan. Arca ditukarkan kepada paparan dengan menggunakan peranti penunjuk seperti tetikus, bola jejak, atau kayu bidik. |
scrolling | penatalan | Pendidikan | Tiada | Tindakan menambah sebaris maklumat pada paparan projektor overhed, unit paparan visual dan lain-lain dengan menggerakkan paparan asal ke atas dan ke bawah hingga sebahagiannya hilang daripada pandangan. |
backlit display | paparan cahaya belakang | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis paparan yang mempunyai sumber cahaya sendiri daripada latar belakang skrin bagi membolehkan paparan atau huruf pada skrin LCD lebih jelas kelihatan dan latar belakang lebih cerah. Paparan ini digunakan oleh kebanyakan skrin komputer bimbit/buku. |
display character | aksara paparan | Teknologi Maklumat | Tiada | Simbol grafik untuk aksara yang terbentuk pada skrin paparan seperti huruf abjad atau nombor. Bentuk fon aksara sebenar yang dipapar pada skrin paparan bergantung kepada pustaka set kod aksara. Pustaka set ini berada di dalam ROM atau media storan sekunder. Cetakan aksara paparan tidak semestinya WYSIWYG iaitu hasil paparan tidak semestinya sama dengan hasil cetakan. |
light emitting diode display (LED display) | paparan diod pancaran cahaya (paparan LED) | Komputer | Tiada | Tiada |
LCD (liquid crystal display) | LCD (paparan kristal cecair) | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi paparan yang menggunakan kristal cecair yang merupakan molekul berbentuk rod. Apabila arus elektrik mengalir, molekul akan dipintal yang menyebabkan beberapa gelombang cahaya dihalang dan membenarkan yang lain melaluinya untuk mencipta paparan yang dikehendaki. |
decatenate | nyahjerait | Komputer | Tiada | 1. Tindakan membuka atau memburaikan satu rentetan kepada dua atau tiga rentetan kecil. 2. Tindakan memburaikan baris paparan daripada baris paparan seterusnya atau sebelumnya. |