gum (Ken.) | gum (Ken.) | Kesenian | Tiada | Bakul sangkut daripada isi rotan atau bemban, berbentuk silinder, dan digunakan untuk menyimpan sudu, garpu, senduk nasi dan lain-lain. Anyamannya agak rapat dan diikat pada tiang para-para. |
barugan Bis. | barugan Bis. | Kesenian | Tiada | Bakul sangkut daripada isi rotan atau bemban, berbentuk silinder, dan digunakan untuk menyimpan sudu, garpu, senduk nasi dan lain-lain. Anyamannya agak rapat dan diikat pada tiang para-para. |
doggerel | puisi remeh | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang diolah secara kasar, mengandungi isi yang remeh dan menggunakan stail yang tidak rapi. Rima puisi remeh umumnya bersifat mendatar dan tidak memperlihatkan kesan emosi atau perasaan yang mendalam. Puisi tersebut mungkin bertujuan untuk hiburan, suka-suka atau untuk melahirkan idea kelucuan. Umumnya, puisi jenis ini lahir daripada para pengarang yang kurang berpengalaman tentang kaedah penciptaan puisi yang sistematik dan tidak berteraskan nilai-nilai estetik dan puitis yang tinggi. Di samping penghasilan puisi yang bermutu rendah, puisi remeh juga banyak terdapat dalam kad ucapan dan iklan barangan untuk menarik perhatian pembaca dan pembeli. |
overlapping coverage | liputan bertindan | Komunikasi | Korporat | Liputan dan penyiaran rancangan mengenai sesuatu isu yang disiarkan melalui dua atau lebih saluran radio dan televisyen secara serentak. Liputan rancangan oleh saluran ini disiarkan di kawasan yang sama. Tindakan ini membolehkan sejumlah peratusan isi rumah menjadi khalayak kepada rancangan berkenaan. Peratusan jumlah dedahan ini biasanya tinggi. Petunjuk peratusan ini akan membantu para pengiklan merancang strategi peletakan iklan untuk sesuatu rancangan melalui saluran yang terlibat menyiarkan rancangan berkenaan. Contoh liputan bertindan ialah ucapan belanjawan yang disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia yang disiarkan serentak di beberapa saluran media elektronik. |