Bird Of Paradise | Cenderawasih | Fizik | Tiada | Tiada |
garden of eden/paradise garden | taman firdaus | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang mempunyai persekitaran dan suasana yang tenteram dan menyeronokkan seperti dalam syurga sebagaimana yang digambarkan oleh kitab-kitab suci. |
garden of eden/paradise garden | taman firdaus | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang mempunyai persekitaran dan suasana yang tenteram dan menyeronokkan seperti dalam syurga sebagaimana yang digambarkan oleh kitab-kitab suci. |
verse paragraph | perenggan puisi; perenggan rangkap | Kesusasteraan | Tiada | yang membentuk 1 unit a. Biasanya terdapat dalam puisi naratif panjang seperti karya Milonis "Paradise Last" dan Wordsworth's Prelude. |
classical antiquity | baharian klasik | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera klasik yang dianggap paling utama dan paling penting di dunia. Antaranya, Illiad dan Odyssey Homer, Poetics oleh Aristotle, Hamlet oleh Shakespeare, dan Paradise Lost oleh Milton. |
epic question | soalan epik | Kesusasteraan | Tiada | Teknik yang digunakan oleh penyair epik untuk memohon bantuan daripada dewi ilham atau kuasa yang lebih tinggi bagi membantu menjelaskan sesuatu yang sedang terjadi dalam cerita. Contohnya, penulis Milton banyak menggunakan teknik ini pada permulaan bukunya berjudul Paradise Lost, jilid I, VII dan IV. |
paradox | paradoks | Kesusasteraan | Tiada | Pernyataan yang nampak bercanggah atau tidak masuk akal, tetapi sebenarnya munasabah. Paradoks sering digunakan oleh pengarang dan penyair serta merupakan alat utama dalam puisi metafizik dan keagamaan. Penggunaannya sebagai salah satu cara untuk menyatakan ketakjuban dalam agama Kristian yang melampaui akal dan logik manusia. Contohnya, pemerian tuhan dalam karya Paradise Lost oleh Milton, iaitu �Dark with excessive bright thy skirts appear�. Paradoks dikembangkan penggunaannya oleh pengikut Kritikan Baru untuk menunjukkan penyimpangan daripada kebiasaan yang mengejutkan. Paradoks yang mencantumkan dua perkataan yang bertentangan disebut sebagai oksimoron. Contohnya, ungkapan seperti loving hate dan pleasing pain. Lihat juga kritikan baru, oksimoron, puisi metafizikal. |
catalogue verse | puisi katalog | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang menunjukkan senarai rekod nama individu, tempat, peristiwa, objek atau buah fikiran. Puisi katalog bertujuan memudahkan ingatan atau hafalan tentang sesuatu susunan peristiwa, genealogi atau fakta. Teknik penyenaraian akan memberikan kesan ringkas, dramatik, dan ekonomik terhadap puisi tersebut. Puisi katalog biasanya wujud dalam karya epik, iaitu penglibatan hero dalam beberapa siri peperangan yang dibuat dalam bentuk senarai. Contohnya, karya Milton berjudul Paradise Lost yang memperlihatkan beberapa senarai genealogi dan unsur mitologi. Contoh lain terdapat dalam karya Walt Whitman berjudul Song of Myself (1855). Dalam karya tersebut, pengarang memasukkan beberapa senarai panjang tentang genealogi dan maklumat geografi yang berkaitan dengan susunan nama individu, tempat, dan pekerjaan yang terdapat di Amerika Syarikat. |
art epic | epik seni | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang mempunyai nilai konvensi dan estetik yang tinggi dan dihasilkan oleh pengarang yang terkenal dengan ketinggian mutu dan daya ciptanya, Naratif epik yang dihasilkan benar-benar memperlihatkan ketinggian nilai dari segi penciptaan karya serta diakui sebagai karya seni yang bermutu. Dari aspek isi, epik seni memaparkan unsur-unsur pemikiran, sejarah dan tamadun budaya sesuatu bangsa. Epik ini mampu menarik perhatian dan dibincangkan oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah dalam kalangan intelektual. Dari aspek seni sastera, epik seni menampilkan ketinggian nilai daya cipta dan kehalusan pengucapan seni, khususnya dari segi penggunaan bahasa. Hal ini berbeza dengan epik rakyat yang lebih bersifat popular dan dicipta untuk tatapan khalayak atau rakyat biasa. Contoh epik seni dalam kesusasteraan Inggeris dapat dilihat dalam karya Milton berjudul Paradise Lost. Lihat juga epik rakyat, epik sastera. |