Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sang.pa.sang] | ڤاسڠ

Definisi : sj pe­nyakit yg disebabkan oleh terkumpulnya bendalir yg tidak normal dlm ruang kekantung pd buah zakar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasang-pasang

Puisi
 

Pasang ini pasang purnama,
     Daun cempedak tidak melayang;
Datang ini datang bertanya,
     Hendaklah tidak berkasih sayang.


Lihat selanjutnya...(80)
Peribahasa

Pasang masuk muara.

Bermaksud :

Terlalu mudah mencela; mengeluarkan kata-kata tanpa pertimbangan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tidal channelalur pasang surutGeologiTiadaAlur utama yang diikuti oleh arus pasang surut, menganjur dari lautan ke rawang pasang surut atau pamah pasang surut.
tropic tidepasang surut tropikaMeteorologiMeteorologi PerhubunganPasang surut dalam satu hari yang berlaku apabila bulan berada pada sudut khatulistiwa (sudutiswa) maksimum. Bandingkan pasang surut perbani, pasang surut anak.
spring tidepasang perbaniBiologiEkologiPasang surut yang terjadi semasa atau berdekatan dengan masa bulan penuh, iaitu apabila air pasang adalah tertinggi dan air surut adalah lebih rendah daripada paras minimum. Air pasang perbani terjadi setiap dua minggu. Sinonim pasang purnama.
ebb tidepasang menyurutGeologiTiadaIstilah tak teknikal yang merujuk pada tempoh pasang surut antara air pasang dan air surut berikutnya.
tidal amplitudeamplitud pasang surutHidrologiTiadaPerbezaan di antara paras air tinggi atau air rendah dan min ketinggian pasang surut (setengah julat pasang surut).
stand tide stilltikas mati pasang surutBiologiEkologiSela masa pasang atau surutnya air laut apabila tiada perubahan yang nyata dalam ketinggian pasang surut. Aras air adalah tetap pada masa air pasang, dan air surut berlaku dalam masa yang singkat sahaja, tetapi perubahan aras pada waktu ini adalah sangat perlahan dan selalunya sangat sukar untuk dilihat.
atmospheric tidespasang surut atmosferaSainsHidrometeorologiKesan yang beranalogi langsung dengan pasang surut graviti yang biasa terdapat di lautan tetapi terjadi di atmosfera oleh tindakan unsur-unsur atmosfera; terutamanya yang terlibat ialah tekanan dan angin. Pasang surut ini mudah dikenali di permukaan bumi daripada ubahan sama ada positif atau negatif dibandingkan dengan aras tekanan min sekiranya udara menjadi terlonggok atau tertarik keluar dari sesuatu kawasan tertentu. Dua tekanan maksimum (satu pada longitud bersepadanan dengan jisim yang menghasilkan pasang surut dan satu lagi di titik antipodnya) dan dua tekanan minimum (pada latitud 90 dari tekanan maksimum) berlaku pada sebarang epok tertentu. Di sebarang tempat tertentu kesan yang didapati daripada keadaan ini ialah ayunan separuh harian. Apabila data tekanan disusun mengikut waktu qamari, maka akan wujud suatu kesan bersistem fasa yang betul dan amplitud yang sangat kecil (0.09 mb berdekatan khatulistiwa berkurangan menghala ke arah kutub). Walaupun tindakan pasang surut graviti matahari lebih kecil
lunar tidepasang surut qamariGeografiTiadaBahagian pasang surut yang disebabkan oleh daya gerakan pasang surut bulan.
tidepasang surutMeteorologiMeteorologi PerhubunganNaik turunnya air di laut atau tasik besar secara berkala yang disebabkan oleh tindakan tarikan graviti bulan dan matahari terhadap bumi yang berputar. Kadang-kadang pergerakan air mendatar dan berterusan disepanjang pantai juga disebut pasang surut, tetapi pasang surut sedemikian lebih dirujuk sebagai arus pasang surut.
double tide maximumpasang surut dwimaksimumGeografiTiadaRejim pasang surut di mana berlaku dua air pasang tinggi disebabkan bentuk pinggir laut atau kecetekan laut yang mengganggu luruan gelombang laut progresif.
12345678910...

Kembali ke atas