cryptogram | kriptogram | Biologi | Patologi | Kod yang terdiri daripada empat pasangan, yang digunakan untuk menghuraikan ciri sesuatu atau sekelompok virus. Contohnya ialah virus mozek tembakau mempunyai kriptogram seperti yang berikut: Pasangan 1 2 3 4 R 2 E S Huraian - : - : - : - 1 5 E O Pasangan 1 = Jenis asid nukleik Bilangan tetali asid nukleik R=RNA; 1 = Satu tetali Pasangan 2 = Berat molekul asid nukleik (juta) Peratusan asid nukleik di dalam zarah Pasangan 3 = Bentuk zarah dan nukleokapsid E= Memanjang dengan tepi yang selari dan setiap hujungnya tidak membulat Nama kumpulan perumah Pasangan 4 = Cara ditularkan S=Tumbuhan berbiji (Spermatophyta) O= Sentuha |
bivium | bivium | Geologi | Tiada | 1. Pasangan posterior kawasan ambulakrum pada Echinoidea tertentu. |
dyad | diad | Sosiologi | Tiada | 1. Pasangan individu seperti suami-isteri, atau murid-guru yang mengekalkan hubungan secara sosiologi yang bererti atau penting. |
interchange energy | tenaga saling tukar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tenaga yang ditakrifkan sebagai perubahan tenaga keupayaan apabila z bilangan pasangan molekul yang berlainan dibentuk daripada z/2 pasangan molekul 1 dan z/2 pasangan molekul 2 yang diungkapkan sebagai w = z [ G12 � (G11 + G22)/2 ], dengan w = tenaga saling tukar, z = nombor koordinatan, r = tenaga keupayaan, subskrip 1 dan 2 = pasangan molekul 1 dan 2. |
assembly; pair | pasangan | Mekanik | Gunaan | 1. (assembly) Sekelompokan komponen kejuruteraan yang terikat di antara satu dengan yang lain, masing-masing pada kedudukannya yang tertentu. Pasangan itu biasanya membentuk sebuah mesin, jentera atau bahagian-bahagian mesin atau jentera. 2. (pair) Dua unsur atau bahagian daripada sebuah mesin, yang bersentuhan dan mengalami gerakan nisbi di antaranya. Pasangan ini juga dinamai pasangan kinematik. |
electron-positron pair | pasangan elektron-positron | Fizik | Atom dan Nuklear | Pasangan satu elektron dan antizarahnya, positron yang terbentuk secara spontan dalam proses asas yang melibatkan tindak balas elektromagnet apabila tenaga yang wujud melebihi tenaga rehat kedua-dua zarah, iaitu 1.022 MeV. Contohnya, pasangan ini boleh terbentuk daripada tindak balas bahan dengan sinar-X atau sinar gama, atau elektron bertenaga tinggi, atau zarah bercas yang lain atau daripada peralihan elektromagnet dalam nukleus. |
radial run out | garis jejari | Kejuruteraan | Tiada | 1. Keadaan pasangan roda dan tayar apabila jejari bunga tayar dari paksi roda, berubah.,2. Keadaan lari daripada bulat. |
fitting loss factor | faktor kehilangan pasangan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Faktor kehilangan tenaga melalui geseran akibat pasangan injap, tee, dan liku (yang akan menukar arah sesuatu pengaliran) yang dijelaskan dalam unit turus sebagai (rujuk m/s 47) dengan h�� = turun pasangan (m), m1 = halaju hulu aliran (m/s), gc = 1 kg m/N s2, K� = pemalar kehilangan pasangan. |
microsatellite DNA | DNA mikrosatelit | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Unit ulangan bagi jujukan DNA, yang disusun secara berturut-turut di kawasan tertentu pada suatu kromosom dengan panjang antara 1 hingga 6 atau lebih pasangan bes dan pengulangan biasanya antara 5 hingga 50 kali. Contohnya, ulangan dengan 2 pasangan bes berturutan, 3 pasangan bes berturutan atau 4 pasangan bes berturutan. |
base pair | pasangan bes | Biologi | Genetik | 1. Unit untuk saiz DNA (bp) 2. Pasangan yang khusus antara sitosina dengan guanina dan antara adenina dengan timina atau urasil. |