central market | pasar besar | Geografi | Tiada | Tiada |
hypermarket | pasar raya besar | Pentadbiran | Tiada | Kedai yang menggabungkan pasar raya ekonomi dengan stor diskaun. |
hypermarket | pasar raya besar | Geografi | Tiada | Tiada |
overbanner | tajuk gadang | Komunikasi | Korporat | Penulisan judul utama sesuatu maklumat dalam iklan yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian dan tumpuan khalayak. Penulisan judul biasanya disediakan oleh syarikat perniagaan dengan menggunakan sepanduk atau poster bersaiz besar. Contohnya, sepanduk mengenai promosi jualan murah yang digantung di bangunan pasar raya. Demikian juga sepanduk yang diletakkan di bangunan perniagaan untuk tujuan penghebahan sesuatu acara, barangan atau perkhidmatan. Penulisan judul utama juga boleh dilakukan dengan membeli atau menaja satu halaman penuh dalam media cetak seperti akhbar dan majalah. Contohnya, sebuah syarikat farmasi membeli satu halaman penuh ruang iklan dalam akhbar dengan tujuan untuk memaparkan mesej menyokong kempen antimerokok menggunakan tulisan bersaiz besar.. |
syndicated mailing | kiriman gugusan | Komunikasi | Korporat | Kaedah mengedarkan iklan yang dibuat oleh agensi yang bertanggungjawab melalui pos berdasarkan senarai sekumpulan penerima yang disediakan oleh syarikat. Nama yang disenaraikan terdiri daripada mereka yang berkepentingan kepada syarikat atau organisasi. Senarai nama ini biasanya diperoleh melalui borang keahlian organisasi atau syarikat yang diberikan oleh para pelanggan. Syarikat dan organisasi perlu mengekalkan hubungan bagi memastikan sokongan pelanggan yang berterusan. Sokongan ini boleh dalam bentuk pembelian barangan, penggunaan perkhidmatan dan peningkatan citra. Contohnya, amalan pengedaran iklan yang dilalukan oleh pasar raya besar. |
private brand | jenama pengedar | Komunikasi | Korporat | Jenama baharu yang diberikan oleh peruncit atau pengedar kepada sesuatu barangan yang mempunyai rantaian kuasa runcit atau edaran yang tinggi. Melalui proses ini, peruncit atau pengedar tersebut akan mengenal pasti syarikat pengeluar yang barangannya dipilih untuk dipasarkan. Barangan yang dibeli daripada syarikat tersebut akan diberi jenama baharu, Barangan ini diedarkan di sebuah rangkaian runcitnya sama ada di dalam atau di luar negara. Oleh sebab kaedah pemasaran barangan ini tidak menggunakan orang tengah dan rangkaiannya luas, maka harga barangan yang dipasarkan adalah lebih rendah berbanding barangan yang sama daripada jenama lain. Di Malaysia, strategi pemasaran seperti ini biasanya diamalkan oleh pasar raya besar. |
kiosk | kios | Komunikasi | Korporat | Ruang atau struktur kecil yang dibina untuk memudahkan aktiviti pemasaran atau pameran barangan dan perkhidmatan. Ruang ini boleh bersifat tetap atau sementara. Kios yang bersifat tetap biasanya dibina di pusat pengangkutan awam seperti di perhentian bas dan lapangan terbang, kawasan rehat dan riadah, serta pasar raya. Kios yang bersifat sementara pula biasanya dibina di kawasan pameran semasa penganjuran sesuatu acara seperti pameran buku, komputer dan media, dan kawasan pertunjukan awam seperti sambutan hari kemerdekaan dan persembahan hiburan. Bentuk pemasaran seperti ini berfungsi untuk mengagihkan aktiviti pemasaran sesuatu barangan berasaskan jenis, pengeluar dan faktor lain, serta menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga kecil. Selain itu, kios berfungsi memberikan peluang kepada syarikat besar untuk mendekati sasaran barangan secara langsung di samping mendapatkan maklum balas kepada pelanggan mengenai barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan. |