Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.te.ri] | ڤتري

Definisi : sj perekat drpd aloi timah dan timah hitam (utk melekatkan perkakas ayan dll); berpateri berlekat (bersambung) dgn pateri, mempunyai pateri; mematerikan 1. melekatkan dgn pateri: udaranya telah dikeluarkan sebelum tin itu dipaterikan; 2. ki melekatkan, menyambung­kan (menyatukan dll) erat-erat: ~ perjanjian dgn sumpah; terpateri 1. sudah dipaterikan, sudah dilekat­kan; 2. ki sudah dilekatkan (diperkukuh dll) erat-erat: sukar utk melupakan cinta yg telah ~ sekian lama; pematerian perihal (proses atau perbuatan) mematerikan: ~ kekisi besi yg patah; pemateri alat utk mematerikan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.te.ri] | ڤتري

Definisi : perekat barang logam yg dibuat drpd timah dll. memateri 1 melekatkan dgn pateri. 2 ki menghubungkan atau menyatukan erat-erat: ~ perjanjian. 3 menjadikan melekat; melekatkan. pematerian perbuatan atau proses memateri. pemateri alat utk memateri sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pateri (kata nama)
Bersinonim dengan perekat, gam, solder;,
Kata Terbitan : berpateri, memateri,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hard solderpateri kerasKimiaTiadaPateri yang tidak melebur pada pemanasan lebih rendah daripada panas merah.
hermetic sealpateri kedapKejuruteraanTiadaPateri yang boleh menghalang kemasukan udara, wap air atau gas-gas lain.
liquid solderpateri cecairKesenianTiadaPateri jenis cair.
ordinary solderpateri biasaKejuruteraanKejuruteraan KimiaPateri yang terdiri daripada 50% timah dan 50% plumbum dan digunakan untuk memateri logam yang mempunyai suhu lebur sehingga 220�C.
brazing solderpateri kerasKejuruteraanKejuruteraan KimiaPateri yang terdiri daripada 50% kuprum dan 50% zink dan digunakan untuk memateri logam yang mempunyai suhu lebur di antara 840 � 905�C.
silver solderpateri perakKejuruteraanKejuruteraan KimiaPateri yang terdiri daripada perak, kuprum dan zink dan digunakan untuk memateri logam yang mempunyai suhu lebur di antara 650 � 870�C.
solder splatterpercikan pateriSosiologiTiadaSisa-sisa pateri yang terpercik.
laser reflow solderingpateri balikan laserKejuruteraanTiadaPateri yang menggunakan laser untuk mencairkan salutan pemateri pada komponen sambungan.
solder jointsambungan pateriSosiologiTiadaTitik sambungan yang menggunakan pateri.
hermetically sealed containerbekas pateri kedapMakanan dan PemakananMakananPembungkus makanan yang dipaterikan sepenuhnya untuk menghalang pengaliran udara dalam produk makanan bagi mengekalkan pensterilan komersial produk makanan tersebut. Bekas pateri kedap terdiri daripada logam, kaca atau kadbod berlapik dengan polietilena.
1234567

Kembali ke atas