partial fraction | pecahan separa | Matematik | Tiada | Pecahan (fungsi nisbah) yang terhasil apabila sesuatu fungsi nisbah dapat dihuraikan sebagai hasil tambah sebilangan pecahan-pecahan yang lebih mudah. |
sediment | sedimen | Kejuruteraan | Petroleum | Serpihan-serpihan atau pecahan-pecahan batuan dan bahan-bahan pejal berupa mendakan yang masih lagi dalam keadaan perui, iaitu yang belum lagi berkonsolidasi. Serpihan-serpihan itu terbentuk hasil daripada proses luluhawa dan hakisan ke atas batuan induk. Bahan mendak pula ialah pepejal yang secara kimia dapat terkeluar daripada zat larutan dalam medium yang berair. Tercakup juga dalam pengertian ini ialah serpihan-serpihan batuan yang terlontar ke angkasa oleh kegiatan gunung berapi. Jika ada arus (sama ada air mengalir atau angin) bahan-bahan ini dapat diangkut dari satu tempat ke tempat lain. apabila telah terlonggok di satu-satu tempat pemendapan, bahan-bahan ini berkonsolidasi serta mengeras menjadi batuan sedimen. |
achromatic | akromatik | Komunikasi | Tiada | Hasil biasan cahaya yang menghalang pembentukan pecahan-pecahan warna. Hasil biasan ini bebas daripada warna. |
cell fractionation | pemeringkatan sel | Biologi | Genetik | Pemisahan komponen sel setelah penghomogenatan dan pengemparan. Dalam proses ini empat pecahan sel akan diperoleh iaitu pecahan nukleus, pecahan mitokondria, pecahan mikrosom dan pecahan sitosol. |
clastic rock | batuan kelas | Kimia | Tiada | Kumpulan batuan sedimen yang butiran-butirannya terbina daripada pecahan-pecahan atau serpihan-serpihan batuan. Serpihan-serpihan ini secara am disebut klas. Serpihan ini biasanya didatangkan dari tempat lain, di luar lembangan pemendapan. Antara jenis batuan yang termasuk dalam kumpulan ini ialah batu pasir, batu lodak, batu lumpur, syal, konglomerat dan setengah-setengah jenis batukapur. |
clastic rock | batuan kelas | Kejuruteraan | Petroleum | Kumpulan batuan sedimen yang butiran-butirannya terbina daripada pecahan-pecahan atau serpihan-serpihan batuan. Serpihan-serpihan ini secara am disebut klas. Serpihan ini biasanya didatangkan dari tempat lain, di luar lembangan pemendapan. Antara jenis batuan yang termasuk dalam kumpulan ini ialah batu pasir, batu lodak, batu lumpur, syal, konglomerat dan setengah-setengah jenis batukapur. |
reduced equation of state | persamaan keadaan terturun | Kejuruteraan | Tiada | Persamaan keadaan apabila pemboleh ubah p, v dan T masing-masing diungkapkan sebagai pecahan bagi tekanan genting, isipadu genting dan suhu genting, dengan pecahan-pecahan yang berkenaan dinamai tekanan terturun, isipadu terturun dan suhu terturun. |
rubble | pecahan batu; pecahan ais; rubel | Geografi | Tiada | Tiada |
rubble | pecahan batu; pecahan ais | Geografi | Tiada | Tiada |
cumulative weight fraction | pecahan berat tokokan/pecahan berat longgokan | Kimia | Tiada | Tiada |