Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) sangat pilu atau sedih; b) sakit hati: ia berasa ~ mendengar ucapan itu; 3. menyakitkan: azab yg amat ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. sangat sedih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pedih (adjektif)
1. Bersinonim dengan bisa: ngilu, perit, perih, sembiluan,

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan sakit hati, geram, patah hati, kecewa,

3. Bersinonim dengan sakit: azab, sengsara,

Kata Terbitan : memedihkan, kepedihan,

Puisi
 

Sayang rokok hisap di mulut,
     Asap dia gulung ke pipi;
Tuan bercakap manis di mulut,
     Saya mendengar pedih di hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heartburnpedih hulu hatiPerubatanTiadaRasa pedih atau terbakar di bahagian bawah sternum, biasanya daesifagus.
heartburnpedih hulu hatiGerontologiTiadaRasa pedih atau terbakar di bahagian bawah sternum, biasanya di esofagus.
heartburnpedih hulu hatiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
pyrosispirosisPerubatanTiadaPedih hulu hati.
metoclopramideMetoclopramidePerubatanTiadaUbat yang diberikan melalui mulut atau suntikan untuk merawat loya, muntah, pedih hulu hati dan flatulens.
arsine poisoningkeracunan arsinaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan terhadap gas arsin (formula kimia, AsH3) yang tersangat toksik. Gas arsin kadangkala boleh ditemui secara tidak sengaja dalam proses industri, misalnya apabila aloi seperti ferosilikon (yang mungkin tercemar dengan arsenik) terkena air. Had toleransi ialah 0.05 ppm dalam udara. Tanda utama keracunan akut ialah hemolisis. Pendedahan terhadapnya menyebabkan muka pedih, dan selepas 3 - 4 jam mengakibatkan ketat dada, disfagia, loya dan muntah, cirit-birit, dan abnormalitis elektrokardiografik. Kemudian, edema pulmonari, hemolisis masif, sianosis, hemoglobinuria, kegagalan renal, dan kerosakan hati boleh terjadi. Hati dan limpa mungkin membesar. Pada 10 ppm, arsina dengan cepat menyebabkan delirium, koma dan kematian. Keracunan kronik akibat penyedutan menyebabkan anemia dan hilang berat badan, polineuritis, neuritis optik, anestesia, parestesia (misalnya, pedih pada tangan dan kaki), sirosis hati, loya dan muntah, kejang abdomen, dan peliuran.
copper poisoningkeracunan tembagaKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan sebatian kuprum. Had pendedahan kepada sebatian kuprum ialah 2 ppm. Tanda utama keradinan ialah muntah dan pengsan. Keracunan akut akibat pengingesan ialah pedih dalam mulut dan kerongkong, muntah, cirit berair atau berdarah, tenesmus, menjeluak, hemolisis, hematuria, anuria, kerosakan hati dengan demam kuning, tekanan darah rendah, pengsan, dan konvulsi. Keracunan kronik akibat penggunaan larutan ion kuprum pada kulit secara berulang mungkin menyebabkan tindak balas eritematus, papul, dan granulomatus pada sesetengah individu. Penyedutan semburan yang mengandungi kuprum dikaitkan dengan kejadian kanser paru-paru dan kemungkinan kerosakan hepar. Dalam penemuan makmal, urinalisis mungkin menunjukkan hematuria dan proteinuria yang menandakan kerosakan renal. Penemuan patologi termasuklah perdarahan gastroenteritis dan kerosakan buah pinggang dan hati. Kematian mungkin berlaku akibat pengingesan 10g kuprum(Il) sulfat.
tin poisoningkeracunan timahKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada stanum (II) klorida (formula kimia, SnCl2), iaitu garam yang digunakan sebagai astringen, deodoran, dan antiseptik. Tanda utama keracunan ialah muntah dan pengsan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pedih dalam mulut dan kerongkong, rasa menjeluak, muntah, tenesmus, cirit berair atau berdarah, hemolisis, hematuria, anuria, kerosakan hati dengan demam kuning, tekanan darah rendah, pengsan, dan konvulsi. Keracunan kronik pad a kulit menyebabkan tindak balas eritematus, papular, dan granulomatus. Penemuan patologi tennasuk gastroenteritis berdarah dan kerosakan buah pinggang dan hati. Had pendedahan ialah 2 �g /L.
Phyllanthus emblicapokok melakaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Euphorbiaceae dan dikenali juga sebagai amla. Tumbuhan ini tumbuh liar di hutan tanah pamah dan hutan bukit. Daunnya jenis majmuk pinat dan mempunyai anak daun kecil berbentuk bujur. Bunganya bersaiz kecil dan berwarna kuning kehijau-hijauan. Buahnya bulat tidak bertangkai dan jenis beri. Bijinya keras, terdapat di hujung tangkai daun. Jus buahnya diminum untuk merawat batuk, jaundis dan pedih ulu hati. Daunnya dimakan untuk mengubati cirit-birit dan masalah penghadaman. Bijinya untuk mengubati lelah dan bronkitis, darah tinggi dan kencing manis. Buahnya mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dan digunakan untuk menghitamkan dan menyihatkan rambut.
chlorpropamideklorpropamidaKimiaForensikFormula kimia, C10H13CIN2O3S, Serbuk berhablur putih, tidak berbau, larut dalam etanol dan aseton, larut sedikit dalam eter, agak larut dalam kloroform, tetapi tak larut dalam air. Ubat antidiabetik oral ini digunakan untuk merawat penyakit diabetes melitus yang sederhana, stabil dan tidak bergantung pada insulin. Kesan sampingannya ialah hipoglisemia, gangguan gastrousus, seperti loya, muntah, pedih ulu hati, anoreksia dan cirit-birit.
12

Kembali ke atas