treacle | sirap pekat hitam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sirap pekat hitam: Sirap daripada sisa gula yang diproses yang pekat dan berwarna hitam. |
osmosis | osmosis | Kimia | Tiada | Proses pengaliran molekul pelarut dari larutan yang kurang pekat ke larutan yang lebih pekat melalui membran separuh telap. Misalnya, air akan mengalir dari larutan gula yang kurang pekat ke larutan gula yang lebih pekat melalui membran separuh telap. |
fritter | bater pekat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Adunan daripada tepung, telur, air dan garam yang lebih pekat daripada bater, untuk menyalut buah-buahan atau sayur-sayuran sebelum digoreng. |
fritter | bater pekat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Adunan daripada tepung, telur, air dan garam yang lebih pekat daripada bater, untuk menyalut buah-buahan atau sayur-sayuran sebelum digoreng. |
inspissation | pemekatan | Perubatan | Tiada | 1. Proses menjadikan lebih pekat atau kental melalui penyerapan atau penyejatan.,2. Keadaan menjadi lebih pekat atau kental melalui penyerapan atau penyejatan. |
aqua regia | akua regia | Kimia | Tiada | Campuran satu isipadu asid nitrik pekat dengan empat isipadu asid hidroklorik pekat. Campuran ini berwarna kuning dan sangat mengakis, dan disebut sebagai akua regia kerana keupayaan melarutkan logam adi seperti platinum, perak dan emas. Akua regia merupakan agen pengoksidaan yang kuat. |
sputum sample | sampel kahak | Kesihatan Awam | Tiada | Cairan pekat yang dikeluarkan daripada saluran pernafasan semasa batuk, yang digunakan sebagai bahan uji untuk mengesan virus penyebab penyakit. Cairan pekat bukan air liur ini biasanya dikumpulkan pada waktu pagi dan kadangkala tiga sampel perlu dikumpulkan secara berturut-turut bergantung pada jenis jangkitan. |
condensed | mampat; ringkas; padat; memeluwap; pekat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Mampat: Sesuatu yang tidak berongga-rongga.,2. Padat: Isi, kandungan, susunan dan lain-lain yang penuh dan rapat sekali.,3. Memeluwap: Menjadi atau mengeluarkan wap.,4. Pekat: Sesuatu yang tidak cair, kental dan likat. |
aqua regia | akua regia | Geologi | Tiada | Campuran berwarna kuning dan sangat mengakis, yang terdiri daripada satu isi padu asid nitrik pekat dengan empat isi padu asid hidroklorik pekat. |
aqua regia | akua regia | Kimia | Tiada | Campuran berwarna kuning dan sangat mengakis, yang terdiri daripada satu isi padu asid nitrik pekat dengan empat isi padu asid hidroklorik pekat. |