Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.bu.han] | ڤلابوهن

Definisi : tempat kapal berlabuh, per­singgahan kapal, pangkalan kapal: sasaran yg pertama ialah kapal-kapal yg berlabuh di ~ Brunei; ~ alam pelabuhan yg kedudukan dan keadaan semula jadinya elok; ~ bebas pelabuhan yg tidak mencukai barang yg keluar masuk; ~ udara Id padang kapal terbang, lapangan terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.bu.han] | ڤلابوهن

Definisi : tempat kapal berlabuh atau singgah; pangkalan kapal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
labuh (adjektif)
Kata Terbitan : berlabuh, melabuhkan, pelabuhan,
Rujuk :panjang

Peribahasa

Anjing bercawat ekor.

Bermaksud :

Pergi atau menghindar kerana malu dan sebagainya. (Bandingkan dengan: Sepuluh jung [= kapal] masuk pelabuhan, anjing bercawat ekor juga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coastal tradeperdagangan pinggir lautGeografiTiadaPerdagangan di antara pelabuhan-pelabuhan pinggir laut.
quarantinekuarantinKejuruteraanTiada5. Tempat atau tempoh penahanan kapal-kapal yang datang daripada pelabuhan-pelabuhan yang terkena atau disyaki terkena jangkitan.
berthmerapatPerikananTiadaPerbuatan menambatkan kapal di tepi pelabuhan. Kapal boleh dirapatkan ke pelabuhan dengan menggunakan pelbagai cara mengikut kesesuaian arus dan ruang pelabuhan. Kebiasaannya, seutas tali dibaling ke atas pelantar pelabuhan dari bahagian hadapan kapal dan kapal akan merapat perlahan-lahan ke tepi pelabuhan. Setelah bahagian hadapan kapal berada pada jarak yang sesuai daripada tepi pelabuhan, seutas tali lagi dibaling ke atas pelantar pelabuhan dari bahagian belakang kapal dan badan kapal merapat secara menyisi perlahan-lahan ke tepi pelabuhan. Setelah rapat, beberapa tali lain diikat di antara kapal dengan tepi pelabuhan supaya kapal berada dalam keadaan stabil bagi memudahkan penumpang turun-naik atau memunggah barang.
port-out modelmodel pelabuhan; luar pelabuhanGeografiTiadaTiada
port-to-port coverageperlindungan pelabuhan ke pelabuhanPentadbiran PerniagaanTiadaJangka masa perlindungan yang diberikan oleh insurans pelayaran dalam polisi marin berbentuk biasa. Bagi barangan, perlindungan berterusan apabila dimuatkan ke atas kapal sehingga dipunggah ke atas pangkalan destinasi atau ke atas kapal pembeli.
port-to-port coverageperlindungan pelabuhan ke pelabuhanEkonomiTiadaTiada
back freighttambang muatan balikEkonomiTiadaTambang barang-barang yang dihantar balik dari pelabuhan tempat tuju ke pelabuhan asal atau ke pelabuhan lain.
back freighttambang muatan balikUndang-undangTiadaTambang barang-barang yang dihantar balik dari pelabuhan tempat tuju ke pelabuhan asal atau ke pelabuhan lain.
free portpelabuhan bebasGeografiTiadaSebuah bandar berkawal yang tertutup biasanya sebuah pelabuhan atau bahagian sebuah pelabuhan di mana barangan dipunggah dan dimuatkan tanpa kawalan kastam.
free portpelabuhan bebasGeologiTiadaSebuah bandar berkawal yang tertutup biasanya sebuah pelabuhan atau bahagian sebuah pelabuhan di mana barangan dipunggah dan dimuatkan tanpa kawalan kastam.
12345678910...

Kembali ke atas