setting the float | laras pelampung | Perikanan | Tiada | Kaedah menetapkan kedudukan pelampung bagi mengetahui kedalaman mata pancing yang sesuai. Kaedah ini dilakukan dengan menggunakan simpulan pada tali pancing di bahagian atas pelampung supaya pelampung tidak timbul melebihi had simpulan. Pada bahagian berhampiran mata kail, terdapat satu pemberat yang akan menenggelamkan mata kail tanpa menyentuh bahagian dasar air. Sekiranya jarak di antara kail dan pelampung sesuai, pelampung akan terapung menegak sebaik sahaja kail dan tali dilontarkan ke dalam air. |
drift float | pelampung hanyut | Perikanan | Tiada | Pelampung yang dibiarkan hanyut dibawa arus dan dilepaskan sehingga pelampung sampai ke kawasan sasaran. Pelampung hanyut sesuai digunakan sekiranya tempat memancing atau bot pancing jauh dari kawasan sasaran. |
anchored floater | pelampung setempat | Perikanan | Tiada | Pelampung yang dipasangkan sauh daripada batu ladung. Pelampung diikat pada kekili dan disambungkan pada umpan. Pelampung ini akan timbul beberapa kaki daripada batu ladung bagi menarik pemangsa. Kaedah ini sesuai untuk menangkap ikan yang berenang bebas di dalam turus air. |
float waggle | pelampung goyang | Perikanan | Tiada | Pelampung yang panjang dan berbentuk seperti kapsul. Pelampung goyang boleh terapung secara menegak atau mendatar mengikut tahap pemberat yang digunakan. Pelampung jenis ini sesuai digunakan sebagai petunjuk untuk mengesan gigitan ikan kerana sifatnya yang mudah goyang. |
flat float | pelampung pipih | Perikanan | Tiada | Pelampung berbentuk tipis yang digunakan untuk mengesan gigitan kecil ikan. Apabila pelampung tersebut bergoyang, keadaan ini menunjukkan ikan sedang menyentuh umpan. |
float fishing | pancing berpelampung | Perikanan | Tiada | Kaedah memancing dengan cara memasang umpan secara diikat dan digantung di bawah pelampung. Pelampung bertindak sebagai petunjuk kepada gigitan ikan. Kaedah ini boleh digunakan di mana-mana sahaja tanpa dipengaruhi kedalaman air dan biasanya disasarkan kepada ikan pelagik. |
hair-rig floater | pelampung berangkai | Perikanan | Tiada | Pelampung yang berada di hujung tali utama, yang diikat pada mata kail bagi membolehkan mata kail terapung di permukaan air. Pelampung berangkai boleh terdiri daripada jenis umpan timbul dan tidak tenggelam. |
antenna float | pelampung antena | Perikanan | Tiada | Pelampung yang digunakan untuk menggantungkan umpan di dalam air supaya tidak menjejak sehingga ke dasar sungai atau tasik, serta menjadi petunjuk kepada gigitan ikan. Pelampung ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan berwarna terang, digunakan untuk memancing di kawasan air tawar. |
tube float | pelampung tiub | Perikanan | Tiada | Pelampung daripada tiub tayar lori atau trak yang digunakan sebagai tempat duduk semasa memancing. Pemancing akan memakai kaki itik dan membiarkan kakinya terendam di dalam air untuk memudahkan pergerakan. Kaedah memancing menggunakan pelampung ini amat popular di kawasan tropika terutamanya di tasik yang terletak di tanah tinggi atau banjaran. |
float see also float gauge; velocity rod | pelampung lihat juga tolok pelampung; tongkat halaju | Hidrologi | Tiada | (1) Badan yang ditopang oleh cecair dan sebahagian darinya tenggelam dalam cecair itu. Gerakan menegaknya menunjukkan perubahan paras air. |