Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lan.du/] | ڤلندوق

Definisi : sj binatang spt kancil tetapi lebih besar saiznya; jenis-jenisnya: ~ angin, ~ bulu, ~ sendau, dll; ~ dua serupa prb dua orang yg seakan-akan sama rupanya; (bagai) ~ di dlm cerang = ~ dicerang rimba prb gelisah kerana ketakutan (kesusahan); ~(lah) melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan ~ prb orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap meng­ancam; spt ~ terlepas drpd jerat prb perihal terlepas drpd sengsara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.du/] | ڤلندوق

Definisi : sj ikan laut, Lethrinus minitus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.du/] | ڤلندوق

Definisi : nama sj binatang hutan yg rupanya spt kancil tetapi lebih besar, Tragulus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelanduk

Puisi
 

Jangan disumpit pelanduk kami,
     Pelanduk kami sudah berpagar;
Jangan diikat si pantun kami,
     Pantun kami baru belajar.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Pelanduk dua serupa.

Bermaksud :

Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salin [= sesalin] tak tumpah, b. Seperti peluru dua setuangan).

 

Lihat selanjutnya...(22)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Ardisia crenatamata pelanduk betinaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Myrsinaceae yang dikenali juga sebagai mata ayam, akar bebuluh dan sirih puyuh. Tumbuhan ini jenis renek. Daunnya jenis ringkas, berbentuk lonjong tirus dan tepinya berlekuk-lekuk (krenat). Bunganya berwarna putih kemerah-merahan. Buahnya kecil, jenis beri dan berwarna merah apabila masak. Tumbuhan ini biasanya ditanam sebagai hiasan. Buah yang masak boleh dimakan dan daun dimakan sebagai ulam. Jus tumbuhan ini digunakan secara luaran untuk merawat penyakit kulit dan sakit telinga. Jusnya diminum untuk merawat demam, batuk, cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan dan haid tidak teratur. Air rebusan akarnya diminum untuk mengubati meroyan, sakit tekak dan sakit dada. Sekiranya air rebusan ini diminum dalam kuantiti yang banyak, akan menyebabkan muntah.
mousedeer (Tragulus ravus)kancil;; pelanduk (Tragulus ravus)PertanianTiadaTiada
cursorialkursorialBiologiEkologiBerkaitan dengan haiwan yang boleh berlari pantas, seperti rusa dan pelanduk.
Ardisia ellipticaMata ayamPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Myrsinaeae ini juga dikenali sebagai mata pelanduk dan mata itik. Tumbuhan jenis renik. Daunnya jenis ringkas, berbentuk elips mempunyai tangkai daun warna kemerahan semasa muda. Bunganya berwarna merah jambu. Buahnya kecil, berbentuk bulat dan bewarna hitam apabila masak. Tumbuhan ini hidup liar di hutan tanah pamah atau ditanam sebagai hiasan. Air rebusan daun diminum untuk mengubati sakit perut dan mengurangkan pengeluaran darah haid. Pucuknya dibuat ulam dan buahnya yang telah masak dimakan mentah.
Ardisia crispamata ayamHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Myrsinaeae yang dikenali juga sebagai mata pelanduk dan mata itik. Mata ayam merupakan tumbuhan jenis renek. Daunnya jenis ringkas, berbentuk elips dan mempunyai tangkai daun berwarna kemerah-merahan semasa muda. Bunganya berwarna merah jambu. Buahnya kecil, berbentuk bulat dan berwarna hitam apabila masak. Tumbuhan ini hidup liar di hutan tanah pamah atau ditanam sebagai hiasan. Air rebusan daun diminum untuk mengubati sakit perut dan mengurangkan pengeluaran darah haid. Pucuknya dibuat ulam dan buahnya yang telah masak boleh dimakan mentah.
قتل الخطأpembunuhan tidak sengajaAgama IslamFiqhPembunuhan yang berlaku tanpa niat membunuh. Contohnya, seorang pemburu menembak pelanduk tetapi sasarannya terkena kepada seseorang dan mati.
ludailudaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Sapium dpp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah gurah dan mamah pelanduk, dan di Sabah ialah apid-apid. Hanya tiga spesies utama menghasilkan kayu ludai, ialah Sapium baccatum, S. discolor dan S. indicum. Gubal kayunya dan teras kayu ludai sukar dibezakan, dan biasanya berwarna coklat kekuningan. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul atau kadang-kadang beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 290 hingga 465 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu ludai mudah dikerjakan dan mengering dengan baik, tanpa mengalami cacat yang teruk. Kayu ini boleh diserang serangga dan kulat berwarna gubal. Kayu ludai sesuai untuk kotak, venir kor dan papan lapis.
crenatekrenatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk tepi daun yang bergerigi bulat, cetek dan mengarah keluar dari lai daun. Contohnya, pokok setawar kampung (Kalanchoe pinnata) dan mata pelanduk (Ardisia crenata).
hunting parktaman buruLandskapTiadaKawasan berlandskap yang direka bentuk khas untuk aktiviti memburu. Taman ini merupakan taman hutan semula jadi atau buatan manusia dan di dalamnya terdapat haiwan buruan seperti rusa, kancil, pelanduk dan sebagainya.
epimythiummoral akhiranKesusasteraanTiadaSenarai ringkas tentang unsur pengajaran moral yang terdapat pada bahagian akhir sesuatu fabel (karya sastera rakyat). Unsur pengajaran moral berkenaan menjadi salah satu unsur yang penting sebagai bahan pemikiran dan pendidikan kepada pembaca. Jika senarai moral tersebut terdapat pada bahagian awal fabel, senarai berkenaan dinamai promythium. Dalam kesusasteraan Melayu, moral akhiran dapat dilihat pada bahagian akhir cerita dalam Hikayat Sang Kancil atau Hikayat Pelanduk Jenaka. Contohnya, dalam cerita Sang Kancil dengan Siput yang melibatkan perlumbaan antara kedua-duanya, terdapat nasihat agar jangan bersikap sombong terhadap orang yang lebih kecil atau lemah daripada kita. Kadangkala orang yang kecil atau lemah memiliki kelebihan tertentu yang tidak terdapat pada orang lain. Sang Kancil yang sombong akhirnya berjaya ditewaskan oleh siput dalam pertandingan lumba itu. Lihat juga cerita moral.
12

Kembali ke atas