Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lang.ga.ran] | ڤلڠݢرن

Definisi : 1. perihal melanggar (me­nyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir ter­hadap orang Islam itu telah dapat dipatah­kan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lang.ga.ran] | ڤلڠݢرن

Definisi : 1 perbuatan atau hal melanggar; penyerangan; penyerbuan: ~ pihak musuh telah dpt dipatahkan. 2 perbuatan melanggar undang-undang (peraturan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langgar
Kata Terbitan : berlanggar, melanggar, terlanggar, pelanggaran, pelanggar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
elastic collisionpelanggaran kenyalFizikMekanik KuantumPelanggaran yang jumlah tenaga kinetik translasi zarah-zarah yang terlibat adalah sama sebelum dan selepas pelanggaran. Banding pelanggaran tak kenyal.
inelastic collisionpelanggaran tak kenyalFizikMekanik KuantumPelanggaran yang jumlah tenaga kinetik translasi zarah-zarah yang terlibat adalah tak sama sebelum dan selepas pelanggaran. Banding pelanggaran kenyal.
collision diametergaris pusat pelanggaranKejuruteraanKejuruteraan KimiaParameter fungsi keupayaan termodinamik yang menandakan garis pusat apabila fungsi keupayaan adalah sifar. Bagi sistem satu komponen, garis pusat pelanggaran ditentukan daripada data kelikatan atau melalui persamaan empirik berikut: dengan s = garis pusat pelanggaran, V = isi padu, P = tekanan, T = suhu, subskrip c = keadaan kritikal, subskrip b = keadaan didih. Bagi campuran perduaan (katakan A dan B), garis pusat pelanggaran dianggarkan daripada kuantiti komponen asal sebagai (rujuk m/s 77)
arc weldingkimpalan arkaPerikananTiadaPencantuman besi melalui kaedah pencairan, iaitu haba yang digunakan untuk mencairkan besi tersebut dihasilkan daripada pelanggaran elektrod atau pelanggaran antara elektrod dengan besi.
collision theoryteori pelanggaranKejuruteraanKejuruteraan KimiaTeori yang memodelkan pelanggaran bertenaga antara molekul bahan tindak balas untuk menghasilkan kompleks perantara yang sentiasa berada dalam keadaan keseimbangan dan tidak mempengaruhi kadar tindak balas keseluruhan. Menurut model ini, kadar tindak balas dihadkan oleh pembentukan kompleks perantara.
collision cross sectionkeratan rentas pelanggaranFizikAtom dan NuklearBilangan pelanggaran per unit isi padu per saat bagi satu unit fluks sinaran tuju atau diungkapkan sebagai: dengan n = bilangan zarah per cm² pada alur tuju, v = halatuju zarah alut tuju, N = bilangan nukleus per cm² pada lapisan sasaran dan t = tebal lapisan sasaran.
CSMA/CA (carrier sense multiple access/collision avoidance)CSMA/CA (capaian berbilang deria pembawa/ pengelakan pelanggaran)Teknologi MaklumatTiadaTeknik pengesanan isyarat daripada peranti penghantar pada talian untuk mengelakkan pelanggaran dengan isyarat dari peranti lain yang sedang menghantar isyarat. Peranti penghantar akan menyemak saluran pembawa untuk mengelak pelanggaran kedua.
CSMA/CD (carrier sense multiple access /collision detection)CSMA/CD (capaian berbilang deria pembawa/ pengesanan pelanggaran)Teknologi MaklumatTiadaTeknik pengesanan isyarat daripada peranti penghantar pada talian untuk mengelakkan pelanggaran dengan isyarat daripada peranti lain yang sedang menghantar isyarat. Peranti penghantar akan menyemak saluran pembawa untuk mengelak pelanggaran.
elevator collision coverageperlindungan pelanggaran elevatorPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan untuk kerosakan yang disebabkan oleh pelanggaran elevator tanpa mengambil kira kesilapan sebarang pihak. Ini termasuk kerosakan kepada harta persendirian, bangunan dan elevator itu sendiri. Perlindungan liabiliti biasanya diberikan secara automatik oleh polisi Liabiliti Perniagaan.
running down clausefasal pelanggaranPentadbiran PerniagaanTiadaFasal dalam polisi marin yang menyediakan perlindungan ke atas liabiliti kerosakan akibat pelanggaran dengan kapal lain.
12345678910...

Kembali ke atas