Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.le.pah] | ڤلڤه

Definisi : 1. tangkai daun, tulang daun (nyiur, pisang, dll); 2. tulang (bulu ayam dll); ~ nyiur Kl hidung yg besar hujungnya; ~ bawah luruh, ~ atas jangan gelak prb mestilah ingat bahawa semua yg hidup akan matijuga sudahnya; memelepah (mempelepah) membaling (memukul) sesuatu dgn kayu dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.pah] | ڤلڤه

Definisi : 1 tulang daun yg terbesar (bkn daun kelapa, daun pisang dll); tangkai daun kelapa, daun betik dll. 2 tulang bulu ayam dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelepah

Puisi
 

Ambil galah pelepah jantung,
     Pucuk bayam pucuk meranti;
Kalau kita berkira pantun,
     Kokok ayam abang tak henti.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Hati bagai pelepah,
     jantung bagai jantung pisang.

Bermaksud :

Orang yang tidak ada perasaan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oil palm frondspelepah kelapa sawitPertanianAgroteknologiPelepah atau daun kelapa sawit yang perlu dicantas sebahagiannya bagi mendapatkan bilangan daun yang optimum bagi ketelusan cahaya yang akan mempengaruhi penghasilan buah. Pelepah ini biasanya diletakkan di antara baris kelapa sawit sebagai sungkupan. Pelepah juga boleh digunakan sebagai makanan ruminan setelah diracik. Nilai pemakanannya adalah setara dengan rumput pastura. Singkatan OPF.
yoke linegaris pelepah mendatangKesenianTiadaGaris pada pola yang menentukan peletakan pelepah mendatang pada pakaian, skirt atau seluar.
yokepelepah mendatangKesenianTiada1. Bahagian pakaian daripada kepingan fabrik yang berasingan, merentasi bahu sama ada bahagian hadapan atau belakang pakaian. Pada pakaian sweater bahagian pelepah mendatang dikait selanjar dengan bahagian badan tetapi berbeza corak atau warnanya.,2. Bahagian atas skirt yang sama sendat yang bersambung dengan ikatan pinggang. Bahagian bawah skirt dicantum dengan kedut berjalur, pesak atau lisu.
yoke blouseblaus pelepah mendatangKesenianTiadaBlaus berpelepah mendatang, berbentuk segi empat pada bahagian hadapan dan belakang yang dihias dengan ropol berkedut di bawah pelepah mendatang, berpita kenyal bahagian pinggang dan beropol pada bahagian bawah pinggang. Pakaian wanita Eropah pada pertengahan tahun 1860-an hingga 1890-an.
horizontal seamkelim lintangKesenianTiadaKelim yang melintang pada pakaian seperti pelepah mendatang di bahu, garis empayar, dan pelepah mendatang di pinggul.
horizontal seamkelim lintangPentadbiran PerniagaanTiadaKelim yang melintang pada pakaian seperti pelepah mendatang di bahu, garis empayar, dan pelepah mendatang di pinggul.
frondpelepahPertanianTiadaTiada
featherbulu pelepah; bebuluPerubatanTiadaTiada
featherbulu pelepah; bebuluSukanTiadaTiada
cape yokepelepah mendatang mantelKesenianTiadaMantel yang berpelapah mendatang pada bahagian bahu.
12345678

Kembali ke atas